Ramai yang bersimpati terhadap pelakon Lufya Omar setelah mendedahkan dirinya dan anak telah alami satu kejadian cubaan penculikan.
Kejadian berlaku pada hari Ahad yang lalu di taman permaian yang terletak di Kota Damansara.
Pelakon ini kemudian ada mendedahkan hal berkenaan di satu posting di laman Instagram miliknya, namun tidak membuat laporan polis.
Lufya kemudian baru baru report polis tentang kejadian berkenaan, sedikit lambat.
Ini menyebabkan ada pihak yang mula mempersoalkan kenapa Lufya lambat buat report polis.
Menerusi satu laporan Harian Metro, Lufya tampil menjelaskan kenapa dia lewat buat report tentang kejadian itu.
Lufya nafi buat-buat cerita dan dia sengaja melambat-lambatkan laporan polis. Katanya, selepas kejadian, apa yang lebih penting ialah kesihatan dirinya yang baru saja kena hentakkan yang kuat di bahagian kepala.
“Ada pihak pihak yang beri komen tak baik, hanya sebab saya lambat membuat laporan polis. Saya ni ada anak dan selepas kejadian saya pergi dapatkan rawatan terlebih dulu. Bagi saya itu lebih penting.”
Lufya akui dia lewat buat report, dan ingatkan apabila pergi dapatkan rawatan, automatic pihak polis akan dimaklumkan tentang hal itu.
“Setahu saya, kalau diserang, apabila doktor dah check, automatic akan ada report kepada polis. Pihak polis akan datang ke hospital. Tapi itu tak berlaku. Mungkin saya buat rawatan di hospital swasta. Saya pun tak tahu. Tapi saya utamakan rawatan terlebih dulu.”
Tentang individu yang melakukan cubaan penculikan itu, Lufya hanya menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk siasat.
“Tentang siapa yang buat tu, serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk buat siasatan sepenuhnya.”
Kata Lufya, dia muatnaik kisah yang melanda dirinya itu agar orang lain ambil ikhtibar dan lebih berhati-hati.
“Golongan wanita ni sering dianggap lemah, jadi lebih baik kalau ada ilmu pertahankan diri. Dengan izin dari Illahi, saya dapat melawan dan menyelamatkan anak.”
Itulah penjelasan dari Lufya Omar yang menafikan dia hanya mereka cerita.