Zarina Zainuddin telah menerima satu kejutan dari anak bongsu bernama Adam yang baru berumur 15 tahun.
Bukan kejutan biasa-biasa, tetapi Zarina terkejut anaknya belanjakan seumlah wang yang besar hanya untuk beli permainan video.
Jelas pelakon ini, anaknya itu belanjakan lebih kurang RM10 ribu untuk beli beberpa video games secara online.
Malahan, ketika ini, wang simpanan Adam hanya tinggal RM3 saja di dalam akaun.
Zarina menjelaskan pada mula Adam mempunyai wang simpanan sebanyak RM23 ribu yang disimpan untuk kegunaan masa depan. Ternyata Zarina terkejut melihat baki hanya tinggal RM3 sahaja dan mengetahui bahawa anaknya guna lebih kurang RM10 ribu untuk beli games.
“Saya ada beri dia kad bank untuk senangkan urusan dia membeli data internet atau order makanan online. Langsung saya tak terfikir dia akan guna wang yang saya dah kumpul dalam akaun peribadinya itu untuk beli games.”
“Habis menggigil badan saya apabila dapat tahu wang itu dah tiada. Adam akhirnya mengaku dia membeli tiga game secara online, setiap satu game dia belanja sehingga RM3000 dan RM5000.”
Namun begitu, Zarina Zainuddin ada menerima teguran dari netizen setelah dia muatnaik video tentang anaknya itu di laman Instagram miliknya.
Kata netizen, patutnya tegur saja di rumah dan tak perlu nak jaja cerita berkenaan kepada public sebab hanya memalukan Adam kepada umum.
Zarina berkata, dia tak ada niat untuk aibkan anaknya itu tetapi nak dijadikan teladan buat semua.
“Video tu saya dah delete, saya upload video itu bukan suka-suka atau nak malukan anak. Saya cuma nak bagi teladan agar ibu bapa di luar sana awasi anak-anak di rumah.”
“Saya cakap pada Adam yang saya nak dia hargai apa yang saya buat untuknya selama ini. Sebagai ibu saya amat terkesan dengan apa yang dia buat, namun orang luar tak paham. Ada pula mereka ingat saya nak malukan anak.”
“Nak malu apa? Dia kan beli game guna duit yang amat banyak. Dia dah calarkan kepercayaan saya padanya. Kalau dari hal ini, apa yang malunya, mereka yang kata macam ini tak ada fikiran ke.”
Itulah penjelasan dari Zarina Zainuddin, dan kepada ibu bapa di luar sana, sila lihat aktivit anak anda di handphone dan juga computer, kadang-kadang kita tak tahu apa yang mereka buat. Jadi eloklah memantau.