Neelofa bantu 70 keluarga

1,296 views

Neelofa satu nama yang tak asing lagi di negara kita ini. Sering kali namanya menjadi topic dan tajuk berita, dan Neelofa kini rajin turun membantu masyarakat yang dalam kesusahan.

Yang paling baru, Neelofa mempunyai rancangan untuk beri bantuan kepada 70 keluarga yang terkesan akibat perintah kawalan pergerakkan yang sedang berlangsung.

Pelakon dan pengacara berumur 32 tahun ini telah buat satu program melalui Pertubuhan Kasih Neelofa yang mana orang ramai boleh memohon bantuan sekiranya memerlukan.

 “Sebelum ini pihak kami (Kasih Neelofa) telah mnghulurkan bantuan kepada komuniti dan rumah-rumah perlindungan saja. Namun begitu, memandangkan keadaan ketika semakin teruk, Pertubuhan Kasih Neelofa akan identify untuk penerima bantuan individu. Kami terima terlalu banyak permohonan.

Isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail itu mengatakan sebanyak 70 keluarga akan diberi sumbangan untuk minggu ini.

Insyaallah pada minggu ini, pihak kami akan berikan bantuan kepada 70 buah family yang terjejas dan benar-benar memerlukan bantuan.

Bantuan yang akan diberikan oleh Kasih Neelofa adalah dalam bentuk makanan dan sejumlah wang tunai untuk mengurangkan beban family yang terkesan akibat perintah kawalan pergerakkan.

Sementara itu, Neeelofa juga menyeru mana-mana mereka yang sama-sama nak hulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Pertubuhan Kasih Neelofa melalui laman Instagram mereka.

Baru-baru ini, Neelofa ada memberi sumbangan berupa set kelengkapan jenazah yang bernilai lebih kurang RM40 ribu.

Kemudian, pihak Neelofa juga ada meyumbang katil elektronik sebanyak 15 buah kepada hospital Melaka yang mana ianya dianggarkan mencecah RM100 ribu.

Itulah antara sumbangan dari pihak Neelofa sejak adanya perintah kawalan pergerakkan. Sungguh murni usaha dari Neelofa ini dan berharap ianya dapatlah diteruskan untuk membantu masyarakat di negara ini.