“Menyirap pun ada, dah tahu tak boleh menyanyi, kenapa panggil” Dato Hattan

8,173 views

Dato Hattan telah memberikan pendapatnya tentang penyertaan Ahmad Iqbal dalam rancangan Big Stage musim ke empat.

Jelas penyanyi berumur 58 tahun ini, dia berharap pihak penyiar mempunyai rasa tanggungjawab untuk martabatkan idustri seni dan jangan mahukan rating semata.

Secara lantang, Hattan juga melabel apa yang berlaku ini sebagai sesuatu yang tak patut.

“Tak sangka, mahu kan rating, sampai menyanyi macam samph pun boleh.” Tulis Hattan di Facebook miliknya.

Di Instagram pula Hattan muatnaik luahan hati yang tak setuju dengan cara pihak penyiar dan juga produksi.

“Menyirap pun ada, pihak penyiar kena ada rasa bertanggungjawab. Untuk angkat industry ke satu tahap yang baik.”

“Semalam saya tahu ramai yang bosan bila tengok rancangan reality TV ni. Menyanyi senget benget macam tu tetapi tetap boleh masuk.”

“Apa yang cuba dibuat ni. Kalau nak rating pun, jangan macam tu. Banyak cara lain lagi. Takkanlah pihak produksi atau producer tak tengok masa rehearsal.”

“Kamu tahu peserta ni tak leh menyanyi tetapi kenapa kamu panggil juga. Tujuan apa, nak rating. Kita tahu kau nak impak hari pertama tu.”

“Baik atau tidak, ianya tetap marketing untuk kalian semua, tapi untuk industry kita, malu tak. Dalam tu ada peserta Indonesia semua, kalau orang negara sana tengok macam ni kualiti macam mana. Kesian kepada 11 peserta lain yang nak bertanding beriya-iya.”

“Hanya sebab ada satu atau dua juta follower, oh sudah layak. Walaupun persembahan macam tu punya sampah.”

Hattan turut berkata patutnya produksi malu kerana menghidangkan kualiti sebegitu terutama di depan juri, Dato Siti Nurhaliza.

“Dato Siti kat situ dia punya juri, macam gini ke standard Dato Siti. Come on, Dato Siti pun tak sampai hati nak cakap, kita semua pun boleh nampak.”

“Kenalah ada jati diri, dan kena ada maruah. Menyanyi pun tetapi kena jaga maruah, ianya sangat penting. Kepada pihak produksi, kena fikir waras sebelum buat sesuatu.”

Itulah komen dari Dato Hattan tentang penglibatan Ahmad Iqbal dalam Big Stage.