Ahli perniagaan yang kini berada di Australia, Muhammad Sajjad Kamaruzaman atau dulu lebih dikenali sebagai Nur Sajat, telah muatnaik satu status menafikan dirinya tergolong dalam mereka yang dah jatuh muflis atau bankarp.
Sajat muatnaik naik satu paparan menunjukkan namanya iaitu Muhammad Sajjad dengan status yang menunjukkan dirinya tidak bankrap. Paparan itu merupakan maklumat dari Jabatan Insolvensi Malaysia.
Kata Sajat, itu merupakan bukti yang jelas bahawa dia bukannya dah jadi bankrap, seperti yang didakwa oleh beberapa pihak, tanpa sebarang bukti.
Malah, Sajat juga mengatakan, dia tak akan maafkan mereka yang terus mengata tentang dirinya melibatkan status kewangannya itu.
“Berlambak ramai orang cakap yang tak benar tentang hal ini, mereka kata Sajjad dah bankrap, hadam la yang mengata aku bankrap itu.”
“Tidak akan aku ampunkan dan maafkan semua orang yang sibuk nak mengata aku selama ini. Dari mulut korang ke mulut yang lain hadap la korang.”
“Walaupun saya kini dah duduk di negara orang, status saya masih lagi orang berada-ada okey.”
Sementara itu, Sajat juga mengatakan dia kini bahagia hidup di negara yang terkenal dengan haiwan kangaroo itu, apatah lagi dengan identity sebagai wanita.
Melihat diruangan komen, pelbagai respon yang diterima oleh Sajat. Ada netizen yang mengatakan itu semua hanyalah duniawi dan tidak dibawa ke akhirat kelak.
“Tak ada maknanya, ini harta dunia, bila-bila masa Allah boleh tarik semula. Dan bukannya harta yang akan dapat teman seseorang itu ke alam kubur nanti, amalan yang akan kita semua bawa.” Itu pesanan yang ditulis seorang netizen menggunakan nama Fitohfit.
Selain itu ada juga penyokongnya yang terus memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada Sajat untuk berjaya di negara orang.