“Merangkaklah nanti minta maaf” Azwan Ali terima bahana hentam Neelofa

7,009 views

Dek kerana Azwan Ali terlalu lantang sekolahkan golongan selebriti yang acapkali melanggar arahan SOP yang dikeluarkan pihak kerajaan sempena perintah kawalan pergerakkan, pengacra ini telah terkena bahana.

Ini apabila Azwan Ali tak dapat lagi akses akaun Instagram miliknya yang telah lenyap disyaki kena hack.

Jelas Azwan Ali yang terkenal dengan nama Diva AA, semua bermula selepas dia hentam Neelofa melalui satu video di portal Mstar.

Hal ini terjadi hari Jumaat di waktu pagi, sebaik saja satu video jadi viral yang mana kenyataan yang saya keluarkan hentam seorang artis yang sengaja langgar SOP, video tu dari Mstar.

Kalau ikutkan, ini kali kedua saya kena bahana Instagram kena hack ni, first dulu ketika ada 400 ribu follower.

Kali kedua ni, say dah ada lebih kurang 77 ribu follower, pun kena juga hack. Kepada individu yang telah hack Instagram saya ni silalah muhasabah diri.

Azwan Ali telah pun create satu akaun baru dengan nama @divaazwanalivazztersohor1 dan sehingga kini dah mempunyai hampir 2 ribu follower.

Pengcara ini memang syak bahawa kejadian ini merupakan kesan ekoran ada pihak yang tak senang dengan kelantangannya membidas tindakan Neelofa yang dah beberapa kali melanggar SOP.

Saya ada berusaha untuk ambil semula akan tu tetapi tatap tak berjaya. Namun begitu, saya tak menyesal pun dengan apa yang saya lakukan, memang tiada istilah kesal dalam hidup saya ni.

Kau boleh nak hack dan report sejuta kali pun, yang penting Diva AA tetap gah ada Instagram yang baru, ini akan buat saya lebih kuat.

Mereka yang menggelupur kaki report, menggelupur hack instagram Diva AA, merangkaklah nanti kau nak mohon maaf dengan Diva AA.

Itulah kenyataan dari Azwan Ali yang kini telah kehilangan akaun Instagram miliknya. Kepada peminat, jom ramai ikuti akaun barunya iaitu @divaazwanalivazztersohor1.