Bintang popular Mira Filzah sering dilihat sebagai seorang yang lembut dan ayu di kaca televisyen. Tapi kali ini Mira Filzah dilihat tak dapat menahan dirinya. Pelakon dan pengacara ini akhirnya meletus dan menulis luahan hatinya. Eh apa agaknya yang buat Mira jadi seperti ini.
Rupanya Mira Filzah amat marah dengan sikap tak bertanggungjawab segelintir pihak yang suka buat cerita tanpa mengetahui ianya betul ataupun tidak.
Di laman media sekarng ni memang banyak keluar kisah yang ramai tak pasti kesahihannya. Namun ianya tetap disebarkan, ramai yang forward kisah berkenaan.
Antaranya seperti kisah dari Mak The yang mengatakan ramai nurse telah meninggal dunia angkara wabak. Dan terbaru berkenaan seorang gadis bernama Aqila Yusri yang bercerita tentang punca pemergian atlet sukan pemanah negara.
Di laman Twitter milik Mira Filzah, isteri kepada Wan Emir ini akhirnya tak tahan lagi dan meluahkan rasa hatinya agar semua pihak haru ada sifat responsibility sebelum keluarkan sebarang cerita.
Mira meminta semua orang kena fikir dulu sebelum nak cerita atau share maklumat tentang isu terutama yang boleh buat masyarakat terpengaruh.
“Nak cakap atau tidak ye. Haih baik saya cakap lah. Boleh tak jika mahu post apa-apa di laman media sosial, kat Instagram, twitter atau nak buat content ke, nak tulis statement ke, mahu bergurau ke, boleh tak kalau pakai otak sikit?”
Itu komen dari Mira Filzah yang dlihat dan dilabel sebarang sedang marah oleh para netizen. Kata followernya, tulisan Mira itu memang dilihat agak kasar namun memang ramai yang setuju.Ini antara respon netizen.
“Wah betul punya marah kawan tu, tacodd, sabar sister, marah dah sangat ni. Tapi marah je lah kak, marah lagi.”
“Jarang Mira Filzah ni naik angin, tapi memang betul seratus peratus apa yang Mira cakap.”
Diharapkan selepas ni takde lah lagi yang tulis cerita tak benar ni, kalau tak pasti janganlah tullis ye.