Setelah mengesahkan bahawa dirinya bukan lagi bergelar isteri, penyanyi Shila Amzah turut menerima satu lagi berita baik.
Ini setelah bekas suaminya, Haris Idraki Elias, telahpun keluar dri rumah miliknya yang terletak di Cyberjaya.
Sebelum ini, ketika proses mahkamah, Shila Amzah telah keluar dari rumah bersama anaknya, Seth dan tinggal di rumah ibu bapanya.
Shila mengesahkan dia dah duduk di rumahnya di Cyberjaya menerusi satu post di IG, ketika menjawab persoalan dari seorang peminat.
“Sha dah balik ke rumah di Cyberjaya ke.” Tanya seorang peminat setianya.
Ini jawapan dari Shila Amzah: “Sudah, syukur alhamdulillah. Saya dah penat mengemas rumah hari ini. Apapun ianya amat berbaloi. Nasib baik ada ibu saya dan beberapa lagi yang menolong saya kemas rumah.”
Dalam pada itu, Shila Amzah juga bersyukur dengan semua penyelasaian yang telah dicapai. Proses perpisahan berjalan lancar serat rumah pun dah dapat duduk semula.
“Secara jujurnya, memang saya tak sangka, memang orang lain rasa macam cepat. Tetapi bagi Sha, memag rasa lama. Sehari pun rasa amat perit. Apapun Sha bersyukur semuanya.”
Ditanya tentang punca perpisahan, Shila Amzah tidak mahu menjawab tentang soalan berkenaan. Apa yang penting baginya dia mahu menjaga dirinya dan juga anak mereka iaitu Seth Uwais.
“Banyak hal dah dipertimbangkan sebenarnya, tapi Sha tak boleh la cerita lanjut secara detail, apa yang penting mahu jaga Seth.”
Ditanya adakah dirinya dah bahagia, ini jawapan dari Shila Amzah: “Aku akan temui bahagia, walaupun kita tal lagi bersama.”
Untuk info, Shila Amzah dan Haris Edraki Elias, yang merupakan pekerja bank di London, bernikah pada tahun 2018, dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur dua tahun lebih. Perkahwinan mereka hanya bertahan empat tahun.