Mira Filzah mengalir air mata ziarahi pusara arwah ayah Wan Emir

20,574 views

Semalam Mira Filzah telah berkongsi satu video yang mana dia dan keluarga suaminya, Wan Emir telah datang menziarahi pusara arwah ayah Wan Emir iaitu Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Menerusi video itu yang dimuatnaik itu, sebenarnya satu majlis doa selamat telah diadakan di sebuah masjid di Kuala Kangsar, Perak.

Turut kelihatan ialah ibu Wan Emir iaitu Datin Mastura bersama adik beradik Wan Emir yang lain.

Menjegah ke Instagram milik Wan Emir pula, suami Mira ini dilihat telah menulis ucapan khas buat arwah ayahnya.

Antara intipati caption yang ditulis Wan Emir ialah memperkenalkan isterinya kepada arwah ayahnya. Ternyata Wan Emir terlalu rindu akan ayahnya walaupun sudah empat tahun pergi buat selamanya. Jom baca apa yang ditulis oleh Wan Emir.

“Salam Papa yang disayangi, Emir mahu memperkenalkan ini Nur Amirah your daughter Papa. Inilah yang satunya telah dipilih oleh Nya untuk saya. I will love her as how Papa loved Ibu, dengan tanggungjawab yang hebat dan akan bersungguh-sungguh.

“Minta dihalalkan semuanya dan maafkanlah segala dosa Ibu, Emir dan adik-adik semua, ye Papa.

“Turn over a new leaf adalah antara ayat terakhir Papa kepada Emir. Dengan itu izinkanlah Emir dan juga Amirah untuk meneruskan kehidupan membina masjid ini dengan penuh keberkatan dari segala bakti Papa yang telah didik dan kasihani sejak lahirnya Emir ke muka dunia ini.

“Terima kasih Papa, ibu, abah dan mak. Kami semua sebenarnya rindu dengan Papa. Setiap hari rindu.

Diimbas kembali, arwah bapa kepada Wan Emir telah pergi buat selamanya setelah terlibat dalam satu eksiden helicopter pada tahun 2016. Ketika itu, arwah memegang jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Setelah pemergiannya, Datin Mastura telah menyambung legasi kini menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar.