Ini satu berita terkini tentang pasangan suami isteri terkenal tanah air iaitu pelawak Shuib Sepahtu dan penyanyi Siti Sarah.
Mereka berdua ini dikatakan telah menerima panggilan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk datang ke pejabat SPRM pada hari ini.
Dari laporan Sinar Harian, Shuib dan Siti Sarah kini dipanggil untuk siasat kes pengubahan wang haram yang mana melibatkan perniagaan air yang kini sedang diusahakan oleh Shuib.
Menerusi laporan Utusan pula, pasangan suami isteri itu hadir pada waktu tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan telah diambil keterangan berkenaan kes itu.
Dari satu sumber kepada portal berkenaan, buat masa ini, siasatan masih dijalankan oleh itu penglibatan Shuib dan Siti Sarah masih beluk dapat kepastian.
Selain pasangan ini, ada lagi beberapa orang termasuk juga ada artis lain yang akan dipanggil untuk disiasat kemungkinan berkaitan dengan kes tersebut.
“Masih belum di pastikan sama ada mereka akan ditahan ataupun tidak kerana proses rakaman keterangan masih lagi sedang berlangsung”
Dari satu kenyataan berasingan, Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Azam Baki mengesahkan ada satu pasangan suami isteri berstatus selebriti dipanggil oleh pegawaiinya namun tak ada menyebut nama secara spesifik dan tak nak ulas lebih mendalam.
Shuib kini begitu sibuk menguruskan begitu banyak cawangan air yang sememangnya hangat mendapat sambutan di serata Malaysia.
Antara yang terbaru adalah dua cawangan di negeri Melaka. Apabila cawangan baru saja dibuka, begitu ramai sekali customer yang akan beratur walaupun barisan amat panjang sekali.
Menerusi satu temuramah sebelum ini, Shuib yang merupakan pengasas bersama perniagaan air berkenaan, ada merancang nak buka sehingga 100 cawangan pada tahun ini.
Kerana kejayaannya ini juga, Shuib sebelum ini pernah diwar-warkan akan menerima darjat kebesaran membawa pangkat datuk. Namun pelawak dari kumpukan Sepahtu itu tidak terlalu memikirkan hal berkenaan.