“Ayah kerja keras, tapi tak semua hargai usahanya” Dafi

1,628 views

Anak mana yang tak gembira apabila ayahnya naik pangkat dan bukan biasa-biasa, tapi jadi Timbalan perdan menteri Malaysia.

Itulah yang dirasai penyanyi Dafi setelah ayahnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam.

Dafi menyatakan dia dan semua ahli keluarga sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada ayahnya itu.

Saya rasa amat happy dengan pelantikan ayah. Sebagai anak, memang saya rasa bangga dengan kejaayan ayah dalam bidang politik ini.

Kami sekeluarga akan beri support, semua tahu, politik merupakan minat utama ayah.

Penyanyi yang lahir dari rancangan reality Akademi Fantasia ini berharap ayahnya akan menggalas jawatan yang diberikan dengan baik.

Diharapkan ayah mampu menggalas jawatan ini sebaik mungkin dan akan terus berkhidmat dengan cemerlang dalam kerjaya.

Kata Dafi, memang ada yang tak hargai apa yang dilakukan ayahnya, namun sebagai salah seorang ahli keluarga, Dafi nampak ayahnya kerja keras tanpa tahu apa itu penat.

Saya tahu ayah suka dengan kerjanya, namun saya juga ada rasa kasihan tengok keadaan ayah yang selalu penat bekerja.”

Malahan, tak semua orang benar-benar menghargai apa yang ayah buat. Saya tak salahkan sesiapa sebab saya tahu keadaan sekarang ni, memaang ramai yang rasa tertekan.

Ada yang tak sependapat dan setuju dengan ayah, tetapi itu merupakan lumrah dan asam garam kerjanya.

Ayah sebolehnya telah cuba nak tahu apa keluhan yang dihadapi orang ramai dan cuab sehabis baik untuk beri bantuan.

Selain menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri juga tetap kekal sebagai Menteri Pertahanan.

Di samping itu, selain Ismail Sabri, kerajaan juga telah melantik Dato Seri Hishammudin Hussein sebagai menteri kanan untuk membantu menguruskan Kluster Keselamatan.