Mondy kini sarat hamil 8 bulan, tanpa suami

1,614 views

Lama juga tak dengar kisah tentang wanita yang terkenal di laman media sosial iaitu Mondy. 

Mondy merupakan wanita Indonesia, yang penuh contengan di wajah dan tubuhnya, tinggal di jalanan, sebelum menjadi viral di indonesia dan juga Malaysia. 

Dalam perkembangan terkini, Mondy telah memberi kejutan kepada orang ramai apabila mengumumkan dirinya kini sedang sarat hamil. 

Mondy memberitahu kehamilannya sudah masuk trimester terakhir, dah pun 8 bulan umur kandungan. 

Akan tetapi yang lebih membuat ramai terkejut ialah Mondy berkata, dia hamil tanpa suami di sisi. 

“Hamil tanpa ada suami itu memang tak mudah.” Kata Mondy. 

Wanita ini meluahkan rasa hatinya yang kesedihan kerana akan melahirkan anak tanpa lelaki. 

Jelasnya, lelaki yang juga bapa kepada bayi dalam kandungan itu tidak bertanggungjawab dan sudah lari.   

“Harus kuat diri. Hamil tanpa suami, seorang lelaki yang tak bertanggungjawab tidak layak untuk digelar sebagai ayah.” 

Melihat ruangan komen, ramai yang tertanya apakah status Mondy dengan lelaki berkenaan dan juga status anak itu. 

Adakah Mondy hamil sebelum berkahwin, ataupun sudah berkahwin namun ditinggalkan ketika hamil. 

Namun persoalan itu masih lagi belum sehingga kini. 

“Mondy ni dah kahwin ke.” 

“Hamil tanpa suami tu maksudnya apa.” 

“Macam mana boleh hamil pula kalau tak ada suami.” 

Sungguhpun ada komen yang kurang baik dilemparkan kepadanya, masih ramai juga memberi semangat kepadanya dan juga mendoakan agar Mondy benar-benar kembali ke pangkal jalan. 

“Kena perbaiki diri betul-betul, jaga agama, barulah dapat suami yang baik, kerana itu cerminan diri.” 

Mondy mula terkenal di Malaysia setelah videonya menjadi tular selepas dibantu oleh Ustaz Ebit Lew. 

Kemudian, Mondy bersama Caprice telah mendedahkan ada kes yang terjadi di antara Mondy dan juga Ebit Lew.