Reaksi Caprice setelah mengetahui Mondy sedang hamil tanpa suami

3,512 views

Kisah wanita dari Indonesia iaitu Mondy kembali menjadi sebutan ramai di negara ini. 

Ini setelah Mondy mengumumkan bahawa dirinya kini sedang sarat hamil 8 bulan. 

Tambahan lagi, Mondy mengakui dirinya hamil tanpa suami di sisi, hanya bersendirian ketika ini. 

Mondy meluahkan rasa sedihnya terpaksa harungi fasa kehamilan seorang diri melalui laman media baru-baru ini. 

Kalau di Malaysia, nama Mondy ini amat berkait dengan penyanyi dan juga influencer terkenal iaitu Ariz Ramli atau lebih terkenal dengan nama Caprice. 

Apabila mengetahui bahawa Mondy kini hamil tanpa suami, akhirnya ini reaksi dari Caprice. 

“Patutlah lama menghilang.” Tulis Caprice. 

Caprice turut muatnaik gambar Mondy itu di lnstastory miliknya, malam tadi. 

Sebelum ini, Caprice merupakan individu yang mendedahkan kisah Mondy, yang mana dia dikatakan telah menjadi mangsa kepada penceramah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew. 

Namun yang terkini, kes pendakwaan Ustaz Ebit Lew itu telah digugurkan. 

Ramai juga yang bertanaya dan minta Caprice memberi reaksi tentang hal itu. 

Akan tetapi Caprice menyatakan dia telah dihalang dari berbuat sedemikian. 

Jelasnya, sejak bulan Februari yang lalu, dia menerima perintah mahkamah untuk tidak menyebut tentang kes berkenaan. 

Caprice turut muatnaik foto surat injuksi yang diterimanya. 

Walaupun begitu, kata Caprice, walau dia tak dapat sebut nama individu berkenaan iaitu Ebit Lew, Caprice menyatakan kes mereka tetap akan berjalan. 

“Untuk info kepada semua, pada bulan February 2024, saya ada menerima satu injunksi untuk tak boleh ulas, cover dan beri respond serta menyebut nama individu tersebut.” 

“Comments juga kena padam kerana jikalau orang sebut je nama dia, saya yang akan kena. Minta maaf. Kes kita tetap jalan.” 

Ini surat berkenaan. 

Itulah perkembangan terkini kes melibatkan Carprice.