“Nampak Puteri Sarah tak nak cerai pun, dari cara dia cakap” Michael Ang

6,598 views

Berbalik kepada kisah Puteri Sarah Liyana yang dalam proses mahkamah dengan suaminya iaitu Syamsul Yusof, kini pengarah dan penerbit terkenal Michael Ang memberi pandangannya. 

Pandangan yang diberi oleh Michael Ang ini tentang video temubual Puteri Sarah setelah keluar dari mahkamah. 

Dari video itu, Michael Ang menggambarkan bahawa nampak seakan Puteri Sarah ni sebenanrya tak mahu bercerai dengan Syamsul Yusof. 

Michael Ang memberi pendapatnya itu melalui satu sesi live di laman media miliknya baru-baru ini. 

Setelah menonton video Puteri Sarah keluar dari mahkamah, Michael Ang melihat reaksi serta komen yang dikeluarkan oleh Puteri Sarah itu bukanlah mahu bercerai tetapi sebaliknya hanya mahu provok suaminya itu saja. 

“Nak cerita ni, korang tengok tak video Puteri Sarah keluar dari mahkamah. Saya tak tahulah, saya rasa cara dia keluarkan kenyataan tu macam dia ni nak provok ke apa.” 

“Sama ada dia ni bitter tapi sebenarnya dia ni pun tak mahu nak cerai. Tapi dia ni nak tunjuk ego dia sebab dia kini tengah marah sebab Syamsul dah curang.” 

Apa dikatakan ini berdasarkan pemerhatian Michael Ang dari cara dan gaya Puteri Sarah bercakap dan juga pengalamannya mengajar orang berlakon.

“Tengok dari body language dia dan cara dia cakap, dia macam nak Syamsul lagi tapi tengah marah. Nampak macam dia ni pun tak nak cerai.” 

“Itu yang saya nampak, apa yang korang rasa?” 

“Dia macam nak Syamsul ni tinggalkan wanita yang orang kata macam Rohingya tu dan kembali kat dia. Itu cara dia, dia hanya provok.” 

Selain itu, Michael Ang juga percaya bahawa Puteri Sarah hanya berlakon tunjuk bahagia dan kononnya sedang gembira saja. 

“Rasanya dia ni hanya berlakon dan berpura-pura bahagia dan gembira saja. Saya tahu sebab saya pun selalu berlakon pura-pura gembira.” 

Melihat dari komen yang ditinggalkan orang ramai, semuanya macam bersetuju dengan Michael Ang.