Ibu Shuib tampil buka cerita, jelaskan punca sebenar anaknya tak sertai Sepahtu Reunion Live

10,605 views

Sebelum ini, satu kenyataan dari Jep Sepahtu telah dibuat tentang mengapa Shuib tak sertai Sepahtu Reunion Live. 

Susulan kenyataan dari Jep itu, kini ibu kepada Shuib pula tampil memberi kenyataan tentang hal berkenaan bagi pihak Shuib. 

Ibu Shuib iaitu Salmiah Jailani telah menerangkan apa yang Shuib rasa dan juga perasaan yang terbuku di hati Shuib. 

Sebagai ibu, Salmiah Jailani sentiasa menyokong anaknya itu dan mengatakan ada beberapa isu yang timbul yang ramai tak tahu. 

Antaranya ialah, Shuib merasakan dirinya telah ditindas. 

“Salam semua, dengan gerak hati, hari ini saya tampil untuk bersuara sebagai ibu kepada Shahmira atau dikenali dengan nama Shuib.” 

“Ini dibuat sebab ramai yang tak tahu jalan cerita sebenar keseluruhannya mengapa dia dah tak minat untuk berada di Sepahtu Reunion Live.” 

“Saya sebagai ibunya, menyokong tindakan anak saya untuk tak sertai rancangan itu kerana ianya lagi baik dari anak saya terus menerus ditindas dan dibuat bagaikan orang yang tak ada maruah.” 

Salmiah Jailani juga mengatakan, rakannya juga tak ada yang pertahankan Shuib setiap kali Shuib diuji. 

“Dimanakah yang dikata sahabat. Apabila rakan seperjuangan dikenakan tindakan, tiada sahabat yang pertahankannya.” 

“Malahan ada juga yang mengata dan berkata yang tak baik kepadanya oleh sahabat sendiri di depan orang ramai.” 

“Ketika dalam siasatan SPRM pun, dia telah dilayan bagai orang yang bersalah oleh sabahat sendiri. Dia telah diperli dan dimalukan ketika meeting macam dirinya tak ada maruah.” 

“Untuk kita ni hanya jadi baik di depan orang ramai tetapi apabila berada di belakang, kita adalah sebaliknya.” 

Salmiah Jailani juga menerangkan Shuib sentiasa memberi jawapan tergantung kerana mahu menjaga aib seseorang.  

“Sebab itulah dia sentiasa memberi jawapan yang dilihat tergantung saja sebab nak jaga aib seseorang.” 

“Dia pun ada letak bahawa kononnya dia pergi sebab Astro, walhal itu bukan sebabnya.” 

“Untuk tak mahu keruhkan keadaan, dia hanya simpan jawapan yang sebenar.”  

Ibu kepada Shuib juga berkata, anaknya membawa haluan sendiri kerana mahu menjaga maruahnya. 

“Membawa haluan sendiri bukan disebabkan dah lupa diri. Tetapi dia mahu jaga maruahnya daripada terus saja kena pijak orang tak fikir perasaannya.” 

“Apa yang paling menyedihkan ialag, itu merupakan sahabat seperjuangan dan juga sahabat yang dia kenal sebelum jadi artis lagi.” 

Salmiah juga akui, Shuib dilihat tertekan dan juga kelihatan murung.  

“Sentiasa saja melihat kesedihan dialaminya, serta kemurungan dia yang telah melupakan minatnya ketika itu, lantas tidak menerima nilai wang ringgit demi mempertahankan maruahnya.” 

“Dia mahu bekerja dengan hati yang tenang dan mahu bergembira.” 

Ibu kepada Shuib juga mengatakan hanya kali ini saja dia bersuara sebab Shuib dah lama mendiamkan diri, bertahun lamanya.