“Saya izinkan Datin mencelah dan jadi saksi untuk Puteri Sarah” Datuk Yusof Haslam

2,689 views

Berkenaan isu Datin Payimah mahu mencelah bagi pihak menantunya iaitu Puteri Sarah, Datuk Yusof Haslam tampil memberi menyokong kepada isterinya. 

Yusof Haslam, dia sedar bahawa isterinya mempunyai hubungan yang rapat dengan menantunya itu. 

Pengarah ini amat yakin bahawa Datin Patimah ada alasan tersendiri mengapa mahu menjadi saksi dan mencelah untuk menantunya itu. 

Ini komen Datuk Yusof Haslam. 

“Isteri saya memang ada cakap pada saya dan dia pun telah minta izin dari saya. Dia nak memberi keterangan selaku pencelah bagi kes tuntutan yang dikemukakan menantu kami iaitu Puteri Sarah kepada pihak ketiga.” 

“Saya akur dengan kemahuan Datin sebabnya dia lebih tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Puteri Sarah dan juga Syamsul.” 

“Tambahan lagi, Datin pun merupakan orang yang sentiasa saja ada di rumah sepanjang tempoh itu.” 

“Kami bukan nak sebelahi mana-mana pihak namun seandainya anak kami sendiri terkhilaf, dah tentunya kami berpihak kepada yang benar.”  

“Yang bersalah tetap bersalah, sungguhpun ianya darah daging sendiri.” 

Dalam pada itu, berkenaan dakwaan terbaru Puteri Sarah bahawa Syamsul Yusof ada naik tangan kepadanya, Yusof Haslam hanya menyerahkan hal itu kepada pihak yang berkenaan saja, tak mahu ulas lebih-lebih. 

“Saya ni tidak bolehlah nak ulas dengan lebih lanjut hal itu. Sebenanrya dua-dua pun saya sayang, itu anak, yang ini pula menantu. Cuma hanya doa yang mampu saya beri, bersama isteri saya. Apapun harapnya semua ini berakhir secara baik.” 

“Percayalah tak ada ibu bapa yang nak lihat rumah tangga anak-anaknya berantakan.” 

Itulah kenyataan dari Datuk Yusof Haslam tentang tindakan Datin Patimah mahu menjadi pencelah dan saksi kepada Puteri Sarah Liyana.