Netizen pertikai baju terdedah Nadira Isaac ketika minta maaf pada Pu Amin

4,024 views

Nama Nadira Isaac kini menjadi sebutan ramai. Ini gara-gara kisahnya upload gambar pendakwah dan penceramah bebas iaitu Pu Amin di satu majlis berbuka puasa.

Foto itu memperlihatkan Pu Amin di tengah di antara dua gadis yang memakai pakaian yang ketat dan juga terdedah. Ramai netizen menganggap ianya tidak sopan serta boleh menjatuhkan air muka ustaz.

Melihat ramai yang mula mempersoalkan tindakan Nadira Isaac, wanita yang baru sahaja melancarkan produk diberi nama Troieka ini, telah tampil memberi kenyataan.

Melalui satu video yang dimuatnaik Nadira Isaac akui kesilapan dan membuat permohonan maaf kepada Pu Amin.

Semalam viral gambar saya dan Pu Amin. First sekali nak ucap terima kasih pada Pu Amin, memang tak sangka boleh jadi seperti ini. Saya dengan rendah hati nak minta maaf pada Pu Amin.”

Memang dah jadi kebiasaan saya post gambar di IG milik saya. Tapi kali ini saya akui kesilapan saya. Saya nak terima kasih pada Pu Amin sebab beri tazkirah pada majlis saya.”

Namun disebalik permohonan maaf Nadira Isaac ini, timbul pula isu yang pakaiannya itu agak terdedah di bahagian dada.

Ada netizen berkata, permohonan maaf yang dibuat itu memang dah betul namun pemakaian Nadira pula dikatakan tak sesuai, apatah lagi nak minta maaf kepada seorang ustaz.

Ini antara komen dari netizen di video berkenaan.

Nak mohon maaf secara terbuka, tapi sampai baju pun terbuka wow.” Itu yang ditulis individu bernama Thursepa.

Individu bernama Norsia Sha pula menulis: “Minta maaf dah cantik sangat Nadira, kita semua memang jauh dari kesempurnaan. Namun alangkah indahnya kalau pakaian tu lebih tertutup. Dah lah tag Pu Amin pula tu, mana rasa hormat.”

Apapun semoga kisah ini jadi pengajaran buat Nadira Isaac dan juga orang lain di luar sana. Jagalah pemakaian terutama jika berhubung dengan ustaz, ustazah atau para ilmuan, kenalah lebih peka.