Tiada lagi telatah gila-gila Nabil di pentas GV? Jihan buka cerita

6,175 views

Kalau sebut saja rancangan nyanyian Gegar Vaganza, sudah tentu kita semua dah biasa melihat telatah Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacaranya.

Namun baru-baru ini, Nabil Ahmad telah berhijrah dan membuat perubahan diri, maka tiada lagi telatahnya yang sinonim buat lawak kasar di atas pentas.

Kalau dulu Nabil suka membahan orang, lepas ini mungkin tak ada lagi.

Dek kerana itu, ada ura-ura mengatakan mungkin pengacara untuk rancangan ini akan ditukar.

Melalui laporan Media Hiburan, apabila ditanya adakah Jihan dan Nabil masih jadi tonggak utama sebagai pengacara Gegar Vaganza, bagi Jihan, cara pengacaraan mereka boleh diubah asalkan program Gegar Vaganza masih mengikut konsep asal.

Jujur, saya belum tahu lagi tentang perancangan Gegar Vaganza musim akan datang. Tapi jika teraju utamanya, Haji Nabil dah berubah, mungkin konsep pengacara juga akan turut akan berubah.”

Saya nampak dengan mata saya sendiri, ketika di program Meletop, Nabil memang dah berbeza cara pembawakannya. Dan jika GV ini masih menggunakan khidmat kami, mungkin akan ada perubahan sikit.”

Rancangan GV ni sejak awal, selain pihak produksi yang sediakan idea bernas, tonggak rancangan ini tetap kepada hosnya. Kami yang memberi corak kepada program ini. Saya rasa untuk tukar style, maybe tak ada sebarang isu.”

Selagi konsep program berkenaan adalah konsep untuk pertandingan menyanyi untuk artis-artis senior, berkenaan pengacaraan, ianya boleh diimprovasikan.”

Tentang perubahan mendadak Nabil, ini pula komen dari Jihan Muse.

Saya ada buat penggambaran dengan dia iaitu program Gegar Vaganza Raya. Masa itu, Nabil baru habis join program tabligh.”

Terus tanya kat dia, macam mana hati dia terbuka untuk sertai tabligh tu. Dia cakap walaupun dah pergi haji beberapa kali, tetapi hidayah tu Nabil dapat di Batang Kali je.”

Apapun, bila masuk hal kerja, Nabil ni taklah berubah begitu ketara. Tapi Nabil ada minta dengan pihak produksi untuk ubah sikit dan dia juga tak mahu cakap beberapa perkara dalam program berkenaan.”

 “Nabil memang berusaha untuk pergi ke arah yang lebih baik. Sebagai seorang manusia, kita semua mesti ada rasa mahu jadi lebih baik.”

Namun kadangkala, komitmen kerja tu yang membuatkan kita kena bawa karekter seperti itu. Rasa berat hati nak buat, namun kena juga sebab ianya tuntutan kerja.”

Apapun kata jihan Muse dia akan tetap memberi sokongan kepada Nabil Ahmad dan mendoakannya agar terus istiqomah dalam perubahannya.