Noor Neelofa Mohd Noor nampaknya dikatakan umpama tidak serik setelah dikaitkan sekali lagi dengan isu merentas negeri di kala kes covid sedang mencanak naik.
Kali ini ada dakwaan mengatakan Neelofa telah mengunjungi sebuah kedai karpet yang terletak di Nilai 3, Negeri Sembilan.
Ianya mula dihidu oleh netizen setelah Neelofa muatnaik satu video pendek di laman Instastory.
Video sepanjang 15 saat itu menunjukkan perbualan antara wanita suaranya mirip Neelofa dengan seorang lelaki dikenali sebagai ‘bos Naeem Carpet’. Ini sedutan perbualan dari video tersebut.
Neelofa: “Bos yang amat bagus dan baik ni, datang dekat Naeem Carpet kat mana.”
Naeem Carpet: “Terima kasih. Naeem Carpet ada di Nilai 3, Jalan Setapak, Brunei, Alhamdulillah.”
Setelah tersebar, Neelofa dilihat telah delete video pendek berkenaan.
Namun, ada satu pengguna mengatakan lelaki dalam video itu bernama Habib Shah, dan ada muatnaik foto serta menulis bahawa Neelofa dan Pu Riz membeli belah di Nilai 3.
Kemudian keluarkan dakwaan dari pengguna Twitter mengatakan mereka terlihat pasangan berkenaan di Nilai, Negeri Sembilan. Ini antara komen netizen.
“Rakan office aku nampak dorang tadi dekat Nilai 3. Mamber aku ada send gambar kat group, habis semua tadi was-was pahala puasa. Semuanya kerana Neelofa.”
“Rentas negeri nak beli karpet pula dah. Rasa macam baru semalam je dia ada kelentong konon nak jadikan kesalahan sebagai pengajaran.”
Tak cukup dengan itu netizen terus menyiasat kedai Naeem Carpet berkenaan. Dan lokasi memang ada tiga di Malaysia iaitu di Jalan Setapak, di Nilai dan juga di Johor.
Akan tetapi, untuk mengatakan Neelofa ke Nilai, netizen telah hubugi nombor tertera di Naeem Carpet dan bertanya gambar kedai yang Neelofa pergi itu cawangan yang mana. Dan jawapan dari whatsapp Naeem Carpet ialah kedai itu merupakan cawangan di Nilai.
Sehingga kini ramai yang telah tag pihak berkuasa dan meminta siasatan di jalankan. Buat masa sekarnag, masih tiada lagi sebarang kenyataan yang dibuat oleh Neelofa atau Pu Riz.