Zarina Anjoulie, suami bercerai kali kedua. Yas akhirnya luah perasaan

6,384 views

Pelakon Zarina Anjoulie dan pasangan Eilyas Azhar sekali lagi disahkan telah bercerai. Ini merupakan kali kedua pasangan ini bercerai.

Sebelum ini Zarina dan Eilyas pernah bercerai namun telah rujuk semula. Pencerai kali kedua ini telah diumumkan oleh Zarina Anjoulie sendiri melalui laman media Instagram miliknya sekitar jam 8 lebih pagi tadi.

Ini yang ditulis oleh Zarina Anjoulie: “Pengumuman aku dah cerai kali kedua. Ramai yang tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai, yes betul kami berdua dah pun bercerai. Thanks.”

Zarina Anjoulie dilihat telah menutup ruangan komen di post berkenaan.

Menjengah ke laman IG milik Yas iaitu Yasvger, beliau ada muatnaik beberapa post di Insta Story.

Yas akui dia dan Anju sudahpun tidak lagi bergelar sebagai pasangan suami isteri buat kali kedua. Ternyata Yas telah meluahkan isi hatinya tentang apa yang berlaku.

Dari penulsannya itu, Yas ada mengatakan dia kini mahu fokus pada dirinya setelah dah beberapa kali memberi muka kepada Zarina Anjoulie.

Aku ceraikan Zarina Anjoulie dengan talak satu sekarang. Aku ni dah selalu bagi muka, sehinggakan aku sendiri dah tak ada muka dah.”

Bunga bukan sekuntum, maruah kena jaga. Maruah diri, family, anak lagi. Sudah cukup bersabar, dah malas dah sekarang. Lebih baik aku fokus pada diri sendiri saja.”

Dalam pada itu, Yas akui ini kali pertama dia luahkan perasaan di sosial media.

Yang kata aku childish tu, sebelum ini ada aku buat macam ni. Ada aku up apa-apa. Aku selalu diam je. Real life dengan life di sosial media ni lain, semuanya fake belaka.Biarlah aku, family dan Allah saja tahu apa yang berlaku.”

Itulah luahan panjang lebar dari Eilyas Azhar setelah mengesahkan perpisahannya dengan Zarina Anjoulie.