Nikita Mirzani putus dengan kekasih sebab mulutnya berbau

3,485 views

Pelakon terkenal dari negara seberang, Nikita Mirzani memang dikenali dengan gaya hidup yang agak ranggi.

Nikita yang kini sudah berumur 34 tahun, juga dikenali sebagai seorang yang banyak kekasih hati.

Bercerita lanjut tentang kisah peribadinya, Nikita Mirzani akui dia telah nekad untuk putuskan hubungan dengan seorang jejaka yang baru sahaja berputik cintanya.

Lebih memeranjatkan, Nikita buat keputusan berkenaan, kerana tak tahan dengan bau mulut jejaka berkenaan yang agak busuk.

Dari laporan beberapa portal di negara berkenaan, Nikita Mirzani akui kurang senang berdamping dengan orang yang mempunyai bau mulut.

Oleh itu, ketika berkenalan dengan jejaka berkenaan, selepas bermesraan, Nikita ada terbau busuk dan ternyata ianya berpunca dari mulut jejaka berkenaan.

Nikita kemudian membuat keputusan untuk terus menjauhkan diri dari jejaka tersebut dan tak mahu teruskan hubungan yang baru sahaja dibina.

“Saya pernah jumpa seorang jejaka, dan ini adalah kisah yang baru beberapa tahun lalu berlaku. Kami ada bermesraan, dan kemudian ada bau luring enak. Saya cari puncanya.”

“Rupanya ternyata bau itu datang di bahagian leher saya, dan ia berpunca dari mulut jejaka itu. Saya terus tak mahu dah.”

“Memang bau mulut dia terus buat diri saya amat terganggu.”

Kenyataan ini dibuat oleh Nikita Mirzani menerus satu temubual di laman media sosial bersama Nikmir Real pada hari Sabtu yang lepas.

Selain jejaka berkenaan, Nikita Mirzani pernah alami detik serupa tetapi kali kali ini dengan seorang sutradara dan pengarah drama dan filem.

Kerana tak tahan bau mulut pengarah berkenaan, Nikita akui agak terganggu dan cari jalan untuk menyelesaikannya.

Akhirnya Nikita Mirzani berjaya membawa pengarah berkenaan untuk ke klinik gigi dan merawat masalah yang dialami.

“Sekitar dua tahun lepas, hal yang sama terjadi, tapi kali ini dengan seorang sutradara, bau mulut beliau agak busuk sampai saya terganggu dan akhirnya saya ajak dia jumpa doktor gigi.”

Itulah pengalaman dari pelakon negara jiran, Nikita Mirzani yang dah tiga kali berkahwin sepanjang hidupnya. Semuanya menemui kegagalan.