Apa tu takutnya, Aeril Zafrel kena buatan orang, terima barang pelik

1,479 views

Dalam setiap kegembiraan dalam menjalani kehidupan bersama orang tersayang, manusia sudah tentu menerima cabaran.

Tidak kita sedari, kadangkala ada yang terasa hati malah cemburu melihat kehidupan orang lain, yang dilihat berjaya dan bahagia.

Jika didorongi dengan rasa cemburu atau rasa kurang senang yang keterlaluan, akhirnya seseorang itu mampu buat sesuatu yang di luar jangka.

Itukah yang dihadapi oleh pelakon Aeril Zafrel apabila dia sekeluarga mendapat tahu bahawa telah dihantar sihir.

Terkejut dengan hal itu, Aeril Zafrel berkongsi gambar barang yang telah dihantar kepadanya.

Melalui caption, Aeril menyatakan dia sudah mendapatkan rawatan dari pihak yang pakar untuk membuang sihir berkenaan.

“Setiap orang dugaan yang tersendiri. Hanya dengan pertolongan Allah sahajalah semuanya akan dipermudahkan dan ditunjukkan jalan keluarnya.”

“Sama jugalah dengan diri saya dan family. Syukur Alhamdulillah Tuhan beri bantuan melalui insan yang arif, kini saya dan family terselamat daripada permainan ilmu sihir yang dihantar orang.”

Aeril Zafrel menyatakan dia memohon maaf kepada orang yang hantar barang berkenaan dan minta berjumpa dengan dirinya untuk selesaikan hal berkenaan.

“Maybe saya ada salah dan silap yang tak disedari.  Saya minta maaf kepada orang yang cuba buat sihir ini. Yang lebihnya saya serahkan pada Allah. Semoga bertaubatlah.”

“Jika ada rasa kurang puas hati atau nak lepaskan kemarahan kat saya, jom kita berjumpa secara bersemuka. Saya akan dengar dan betulkan kesilapan jika ada saya buat.”

“Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua, saya serahkan diri, isteri, anak dan family di bawah lindungan yang maha esa.”

Di ruangan komen, rata-rata follower ternyata apakah benda yang dihantar kepada Aeril Zafre itu. Memang pelik barang berkenaan.

Ramai juga yang menasihati Aerl Zafrel agar amalkan surah pendinding serta kurangkan post yang menunjukkan bahagia yang keterlaluan di laman media sosial.

Share this on...