Nonny Nadirah belanja gambar baru, pakai dress merah pegang burung

1,695 views

Sudah diketahui bahawa Nonny Nadirah kini menjadi bualan ekoran beberapa foto dan video yang diupload di laman Instagram miliknya.

Nonny telah delete semua foto dan kemudian upload beberapa gambar menampilkan wanita yang tidak lagi bertudung. Malah sebelum ini ada sekeping foto menunjukkan wanita persis Nonny berendam di dalam baldi dalam keadaan yang agak terdedah.

Kali ini Nonny telah muatnaik satu video baru menerusi Ig stories pula. Nonny muatnaik wajah seorang wanita iras wajahnya yang tidak memakai tudung memakai dress berwarna merah, memakai cardigan putih sambil memegang burung.

Malah Nonny telah pun memadam semua postingnya di laman Ig termasuk gambar di dalam baldi yang jadi viral.

Nonny dilihat cuba menutup wajah wanita berkenaan dengan sticker butterfly namun agak jelas wajah wanita itu memang mirip betul dengan muka Nonny.

Kemudian satu lagi foto diupload oleh Nonny, yang mana kali ini Nonny memaparkan sebanyak sepuluh hati atau emoji love mengelilingi seekor burung berwarna putih.

Ramai tertanya sama ada ini merupakan satu simbolik kebebasan yang mahu dicapai oleh Nonny.

Sehingga kini memang Nonny mengambil pendekatan berdiam diri sahaja, tiada sebarang kenyataan dibuat olehnya.

Kalau dilihat, selepas gambar burung berkenaan, Nonny ada juga mempromosikan makanan di Ig stories nya itu.

Apapun, tindakan dan apa yang berlaku kepada Nonny Nadirah ini membuatkan rakan-rakan berasa risau dengan keadaan dirinya.

Antara yang lantang memberi komen ialah bekas juara Akademi fantasi iaitu Mila Jirin. Penyanyi yang sudah bergelar ahli perniagaan ini meluahkan rasa sedih dan kesal dengan posting yang dibuat oleh Nonny dan berharap rakannya itu akan segera insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Bekas tunang Nonny Nadirah iaitu pelakon Niezam Zaidi turut akui terkejut dengan perubahan yang ditonjolkan oleh Nonny itu dan meminta semua orang berdoa kepadanya.

Share this on...