JIPS Perlis dah buka kertas siasatan terhadap suami Serina Redzuawan

2,873 views

Kini telah sah bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap pegawai polis bernama Aidid berkenaan isu kegagalannya memohon untuk berkahwin kali kedua dengan anak perempuan Datuk Chef Wan iaitu Serina Redzuawan.

Hal ini disahkan oleh Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid. Katanya, pihak polis telah srahkan siasatan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) negeri Perlis kerana pegawai berkenaan telah berpindah ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

Ini kenyataan dari pihak polis tentang isu ini.

Memang pada mulanya, beliau bertugas di Ipoh sebagai seorang pegawai trafik, namun kini beliau sudah melaporkan diri sebagai pegawai siasatan jenayah di IPK Perlis. Beliau berpindah pada tahun 2019.”

Oleh itu, kami telah serahkan siasatan kepada JIPS negeri Perlis sebab pegawai ini dah pindah ke sana.”

Kertas siasatan dibuka setelah bekas isteri kepada Aidid bernama Hamizah membuat laporan di JIPS Ipoh Perak terhadap Aidid yang ketika itu masih berstatus suaminya yang mana Aidid dikatakan berkahwin dengan Serina tanpa pengetahuannya sebagai isteri pertama.

Namun begitu pihak polis menyatakan lagi bahawa sebenarnya perkahwinan mereka dilihat didaftarkan secara sah di Perlis.

Saya diberitahu bahawa satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka terhadap pegawai tersebut sebab beliau tak pohon keizinan untuk berkahwin kali kedua dengan anak Chef Wan dan siasatan dijalankan oleh pihak JIPS negeri Perlis.”

Saya difahamkan perkahwinan mereka memang telahpun berdaftar dengan sah di negeri Perlis. Lazimnya kalau tak mohon kebenaran berkahwin, kita akan ambil tindakan tatatertib melalui jabatan, namun apapun segala keputusan bergantung kepada siasatan yang sedang dibuat.”

Itulah sedikit sebanyak perkembangan melibatkan isu perkahwinan Serina dengan anggota polis baru-baru ini yang menjadi viral setelah Datuk Chef Wan meluahkan perasaan. Jelas Datuk Mior lagi, dia tak mahu ulas lanjut sebab siasatan masih dibuat.