Rupanya Dayah Zubit dah berbadan dua, ini respon Siti Nurhaliza - News Tel

Rupanya Dayah Zubit dah berbadan dua, ini respon Siti Nurhaliza

11,519 views

Pada minggu lalu, telah disahkan bahawa pengasuh Siti Aafiyah, anak kepada Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Dayah Zubit, kini tidak lagi bekerja dengan Siti Nurhaliza.

Sebaliknya Siti Nurhaliza dan Dato K telah pun mendapatkan pengasuh yang baru iaitu seorang guru. Dari laporan awal, dikhabarkan ianya ada kaitan dengan perkahwinan Dayah Zubit beberapa bulan lepas.

Untuk info, Dayah Zubit dah pun selamat bergelar isteri kepada seorang pemain bola sepak Terengganu iaitu Ridzuan Razali. Mereka disatukan di Pulau Pinang pada tarikh 5 Mei yang lalu.

Ramai juga beranggapan, Dayah Zubit akan kembali menjadi pengasuh kepada Aafiyah setelah urusan berkahwin. Maklumlah, dah amat lama menjaga Aafiyah, sampaikan anak kecil itu pun amat selesa dengannya. Namun ternyata ianya tak berkekalan apabila Siti memaklumkan Dayah kini dah tak mengasuh anaknya.

Rupanya ada berita gembira dari pihak Dayah Zubit. Semalam, telah disahkan bahawa Dayah telahpun selamat berbadan dua.

Hal ini diumumkan oleh Dayah Zubit melalui satu entry di Instagram miliknya.

Tabarakallah, mashaallah. Lama dah simpan video ni. Ya tuhanku, kau peliharalah anakku selama dia berada dalam rahimku, sihatkanlah anak ku ini. Lindungilah dia serta jauhkanlahnya daripda sebarang hal yang tak diingini. Sesungguhnya engkaulah yang maha menyembuhkan.

Ya Allah, jadikanlah baby di dalam kandunganku ini menjadi seorang anak yang soleh solehah, serta sihat segalanya, sempurna akal fikiran, amat cerdik, mempunyai iman teguh, dan beramal soleh.

Diruangan komen, bekas majikannya SIti Nurhakliza dilihat telah meninggalkan satu komen kepada Dayah. Siti menulis dia amat bersyukur. “Alhamdulillah” Tulis Siti Nurhaliza secara ringkas.

Dayah Zubit kemudian membalas kembali dan mengucapkan terima kasih banyak kepada Siti Nurhaliza atas komeb berkenaan.

Ini yang dibalas oleh Dayah: “Syukur alhamdulillah tabarakallah, terima kasih mak Iti sayang.” Ianya diikuti dengan beberapa emoji love.

Tahniah diucapkan kepada Dayah Zubit. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Latest from Viral


Nur Sajat dah tukar nama baru, Bella namanya

46,974 views

Lokasi Nur Sajat kini sudah terjawab apabila berjaya di kesan di Bangkok Thailand. Hidup dalam buruan pihak berkuasa Malaysia, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad, 36 tahun kini menggunakan nama baru.

Nama yang diguna pakai olehnya ketika ini ialah Bella. Nama berkenaan sememangnya amat terkenal di kalangan rakan-rakan Nur Sajat.

Dari laporan Harian Metro, setelah kini tukar nama dan dipanggil Bella, Nur Sajat sedang berlindung di Thailand setelah memperolehi kad perlarian UNHCR yang dikeluarkan oleh ibu pejabat di Thailand.

Malah kerana ada kad berkenaan, Sajat dilihat semakin aktif ketika berada di sana dan portal berkenaan melabelnya sebagai berlagak kerana miliki kad UNHCR.

Dia dah naik tocang kerana menerima bantuan negara tertentu dan juga pihak UNHCR di Thailand. Walaupun dipantau pihak imigresen negara berkenaan dan kena report diri setiap 14 hari, namun Nur Sajat dilihat amat aktif di negara berkenaan selepas ditahan dan dibebaskan pada bulan ini.

Kebanyakan aktivitinya dilakukan di dalam kondominium mewah berkenaan. Sesekali dikhabarkan Nur Sajat akan keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya.

Sebelum ini juga, Sajat ada beberapa kali menggunakan rakan dan pembantunya untuk membuat muslihat kononnya dia masih di Malaysia.

Dia ada pembantu yang upload status di Instagram kononnya Sajat masih ada di Malaysia, sebelum ini di Danga Bay, Johor pada bulan Ogos lepas.

Memang licik sehinggakan ianya dilaporkan oleh portal media. Tindakan itu hanya muslihat dan mencabar pihak berkuasa, kerana sebelum ini pihak berkuasa sudah mendapat maklumat bahawa Sajat dah pun lepas diri ke negara jiran itu.

Nur Sajat mendapat kad UNHCR setelah diburu pihak berkuasa Malaysia dan kini mahu berpindah ke Australia.

UNHCR Bangkok sudah sediakan peguam untuknya dan dalam proses membantu Nur Sajat berurusan dengan Kedutaan Australia di Bangkok untuk berpindah ke Australia.

Ada beberapa pertubuhan giat menghalang cubaan pihak berkuasa Malaysia untuk membawa pulang Nur Sajat pulang ke negara ini untuk dibicarakan di atas kes nya.

Go to Top