“Paru-paru kanan dah rosak, perlu 3-4 bulan untuk pulih” Update terkini abang Siti Sarah

6,493 views

Ini sedikit perkembangan terkini tentang abang kepada arwah Siti Sarah Raissuddin iaitu Ahmad Firdous. Kini Firdous semakin baik keadaannya namun masih lagi sedang menerima rawatan di hospital.

Jelas Firdous, paru-parynya telah rosak akibat jangkitan virus Covid dan sehingga kini masih lagi mengalami sesak nafas, terutama ketika bangun dari tidur di waktu pagi.

Ramai yang nak tahu tentang keadaan saya sebenar. Maaf saya tak dapat nak balas satu-satu mesej yang diterima. Allah Maha Besar, dan saya tetap syukur dengan apa yang terjadi.

Paru-paru di sebelah kanan saya dah rosak, manakala paru-paru disebelah kiri pula kena sedikit di bahagian belakang.

Menurut doktor, saya boleh pulih dengan keizinan dari Illahi. Mungkin kenalah ambil masa sedikit, dalam waktu 3 hingga 4 bulan lamanya.

Inilah info terbaru dari saya, maaf sekali lagi tak dapat nak balas semuanya. Ada kala saya ni sihat namun kadangkala saya jadi kurang bertenaga.

Satu hari selepas itu, abang kepada arwah Siti Sarah ini sekali lagi memberi update bahawa dia masih lagi alami kesukaran untuk bernafas dan telahpun start ubat untuk melawan jangkitan kuman.

Salam selamat pagi buat semua. Oksigen saya diturunkan lagi dari level 9 kini hanya level 8. Tiada perkataan dapat saya ungkapan hanya syukr Alhamdulillah. Namun saya masih lagi sesak nafas bila bangun pagi. Dah mula antibiotic baru untuk lawan virus degil.

Selain itu, Ahmad Firdous juga telah berpindah hospital. Sebelum ini abang ipar Shuib ini menerima rawatan di Hospital Serdang tetapi kini telahpun berpindah ke Hospital Pantai di Bangsar.

Dah berpindah ke Hospital Pantai Bangsar. Thank you kepada semua yang jaga saya di Hospital Serdang. Saya berhutang budi pada semua doktor dan jururawat di ICU dan wad 6A. Hanya Tuhan saja dapat membalas budi kalian. Jasamu dikenang selamanya.

Itulah perkembangan terkini tentang abang kepada arwah Siti Sarah, Ahmad Firdous yang di update olehnya di laman Facebook miliknya.