Ada baby bump, Intan Ladyana dikatakan hamil, ini jawapan Harris Alif

49,023 views

Sejak akhir-akhir ini, ada laporan dan dakwaan yang membuat spekulasi bahawa pelakon terkenal Intan Ladyana, 39 tahun, kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan pelakon Harris Alif, 22 tahun.

Ramai yang mula membuat andaian berkenaan setelah adanya rakaman video menunjukkan Intan Ladyana seakan sudah pun mempunyai baby bump di bahagian perutnya.

Menerusi satu laporan dari portal Mstar, pihak wartawan ada bertanya kepada Harris tentang hal ini, adakah isteriny aitu memang sedang berbadan dua. Ini jawapan dan juga respon dari pelakon ini.

Ya saya tengok dah banyak keluar berita tentang Intan hamil, sana-sini dah keluar. Tapi apapun insyaallah saya akan beritahu kelak. Akan sampai masanya, kalau saya dah bersedia, saya akan beritahu nanti, minta semua dapat doakan yang baik-baik buat kami.

Melihat di Instagram milik Intan Ladyana, ada satu video pada tarikh 23 Ogos, yang menunjukkan dirinya sedang buat promosi, namun dia telah tutup bahagian perutnya dengan beberapa buah bantal, seakan mahu sorokkan baby bump. Di ruangan komen, ada para peminat yang bertanya tentang hal ini.

Sebelum ini, Harris memang pernah menyatakan dia sudah bersedia untuk mendapat cahaya mata sekiranya ada rezeki diberikan.

Bergelar suami merupakan tanggungjawab baru saya. Dulu saya hidup bujang, sekarang dah pun berdua. Mungkin selepas ini bertiga, berempat, (merujuk tentang ada anak).

Kami berdua tak ada pun nak merancang soal mempunyai anak. Bila-bila saja kami bersedia untuk ada anak. insyaallah dengan keizinan Illahi.

Diimbas kembali, Intan Ladyana dan Harris Alif disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tarikh 5 Februari lepas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.