Pelakon, pelawak dan ahli perniagaan Shuib mendedahkan dirinya kini sedang berdepan satu masalah, iaitu hilang selera untuk makan.
Kedatangan bulan Ramadhan ini, Shuib berpuasa, dan tidak rasa lapar kerana memang tak ada selera makan.
Malahan, Shuib juga mendedahkan bahawa berat badannya kini terus saja menurun. Shuib berkata sedemikian menerusi laporan Harian Metro.
“Saya kini ada masalah selera makan yang agak teruk. Patutnya apabila berpuasa kita akan rasa lapar, tetapi saya ni langsung tiada selera makan.”
“Saya pun tidak tahu mengapa hal ini terjadi. Sebelum ini, memang saya ni ada masalah berkenaan selera makan dan ini telah menyebabkan berat badan saya turun.”
Shuib turut mengambil inisiatif untuk mengambil suplemen sebagai langkah menambah seleranya.
“Diharapkan selepas ambil suplemen makanan tambahan kesihatan ni, saya akan kembali okey lah.”
Tentang pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini, Shuib memberitahu anak-anak semua mudah dididik untuk jalanai ibadah puasa.
“Satu minggu sebelum tibanya Ramadan, anak-anak semua dah rasa teruja nak tunaikan ibadah puasa.”
“Syukur alhamdulillah semau mudah, nak kejutkan mereka bangun sahur pun amat senang. Anak-anak pun amat bersemangat dan merkea bantu saya contohnya kemas rumah, teman saya ke pasar dan pergi bazar Ramadan.”
Berkenaan sambutan hari raya Aidilfitri, Shuib akui dia masih belum lagi rancangan.
“Pasal raya saya belum ada apa-apa plan. Kalau ada plan pun, semuanya untuk anak-anak. Sekadar nak raikan kemenangan mereka dah berpuasa selama sebulan, puasa 30 hari.”
“Tahun ini saya cakap kat mereka, sama-sama cuba berpuasa selama 30 hari. Kalau tahun lalu, memang ada satu atau dua hari yang mereka tertinggal puasa.”
“Sekarang belum lagi beli baju raya anak-anak. Tapi saya plan untuk bawa mereka sambut di kampung halaman kerana suasananya lebih berbeza dan seronok.”
Shuib kini akan tampil dengan satu rancangan berjudul Diary Daddy yang ditayangkan di TV3. Ianya berkisar tentang kisah Shuib menjaga anak-anaknya.