Pelawak tanggal tudung tampil dedah biodata, akui dah kahwin tapi ada 7 orang kekasih

13,871 views

Seorang wanita tiba-tiba jadi tular sejak Jumaat lalu, kerana videonya yang tidak sopan ketika buat persembahan di sebuah kelab komedi.

Dari sumber, wanita terbabit bernama Amy. Setelah disiasat, nama penuhnya ialah Siti Amira Natasha, seorang wanita yang mahu mencuba nasib sebagai seorang pelawak.

Menerusi satu video, Amy telah tampil mendedahkan biodatanya. Ini sediit tentang biodata Amy, atau biodata Siti Amirah Natasha ini.

Siti Amirah Natasha yang mahu dikenali dengan nama Amy, akui dia datang dari kelaurga yang beragama.

Malah kata Amy lagi, dia dihantar ke sekolah tahfiz, dan telah berjaya menghafal 15 juzuk Alquran.

“Ramai yang tanya pasal diri Amy ni. Nama penuh Siti Amirah Natasha, umur 26 tahun, dan berasal dari Kuala Kangsar Perak. Keluarga saya memang mengajar amalkan agama, pakai tudung sejak umur 5 tahun. Kemudian memang tutup aurat sampai stokin pun pakai.”

“Amy masuk sekolah tahfiz masa tingkatan satu sampai tingkatan tiga dan berjaya hafal 15 juzuk.”

Ketika memperkenalkan dirinya, Amy juga berkata dia dah berkahwin, namun ianya sedikit pelik apabila dia pun berkata dah ada kekasih.

“Saya dah pun berkahwin, dan saya pun ada 7 orang kekasih hati sekarang ni.”

Jelasnya dia mempunyai latar belakang pendidikan yang baik juga, belajar dalam bidang business dan juga public relation.

Kini telahpun bekerja dan belajar secara sambilan mengambil jurusan undang-undang dan cuba ceburi bidang komedi sebagai pelawak.

“Sekarang ni kerja fulltime, dan dalam masa sama belajar secara sambilan, study law dan juga sedang berjinak sebagai comedian, silalah beri sokongan kepada saya.”

Ini video dari Amy.

Dalam pada itu, jika dilihat dari komen yang diberikan, ramai netizen beranggapan wanita seperti tak beberapa betul tahap kesihatan mentlnya.

“Dia ni macam dah tak berapa nak betul je.”

“Ada wayar tercabut ke dia ni. Ada suami ada kekasih pula.”

Ada satu lagi video juga menunjukkan Amy seringkali tampil bersama seorang lelaki yang dikatakan kekasih hatinya bernama Alex.

Siti Amirah Natasha juga mempunya saluran media sosial bersama dengannya yang diberi nama Alex and Amy.