“Takyah nak berjinak dengan anjing, come on” Datuk AC Mizal

10,487 views

Baru-baru ini pengacara dan juga penyanyi Datuk AC Mizal telah menulis satu hantaran berkenaan isu seseorang yang jinak-jinak dengan haiwan bergelar anjing.

Pengacara berumur 52 tahun ini ada meluahkan rasa kurang senang dengan individu yang telah pun membuat content dengan menggunakan anjing, memberi makan kepadanya.

Katanya semata-mata nak dapat perhatian sanggup buat sedemikian.

“Tak perlu dan takyah lah nak berjinak jinak dengan anjing, come on lah, aduhai. Kalau betul dia nak bagi binatang makan, bagilah makan kat kucing. Sungguh mahu perhatian punya pasal, sehingga sanggup buat kerja tak senon0h macam ni.”

“Memanglah dia tidak bersentuhan. Tetapi jika dia nak sangat bagi makan kat hawian, boleh saja bagilah kat kucing, yang kita tahu ianya haiwan kesayangan Nabi kita.”

Memang agak lantang hantaran yang dibuat oleh AC Mizal ini.

Melalui laporan dari Harian Metro, apabila ditanya tentang hantarannya ini, AC Mizal tak mahu memberi kenyataan lanjut.

“Tak mengapalah, tiada komen lagi tentang isu ini. Terima kasih sebab bertanya. Saya hargainya. Kita cerita pasal Suke TV sajalah ye, terima kasih banyak.” Itu respon dari AC Mizal.

Sebenarnya komen dan pendapat dari Datuk AC Mizal itu memang membuatkan para pencinta haiwan kurang senang.

Antara yang membalas ialah seorang doktor haiwan bernama Dr Ima.

“Sorry Datuk, pendapat saya ianya tak bijak untuk cakap macam ni kepada awam sebab kamu tu public figure.”

“Jika kamu tak buat, kamu tak ada hak nak menasihatkan orang lain untuk tak buat.”

“Memang benar tak dinafikan kucing kesayangan Nabi, tapi anjing pun kita kena layannya dengan baik juga.”

“Ada hadis tentang ini yang mana ada wanita yang masuk syurga sebab bagi anjing yang sedang kehausan untuk minum air.”

“Cuba banyangkan kalau bagi anjing lapar makan, fikir dan amalkan.”

Ini komen dari mereka berdua.

Itulah antara balasan dari Dr Ima kepada kenyataan dari Datuk AC Mizal.