Memang teramatlah cantik molek ahli sukan dari Kazakhstan ini. Malah ada juga portal yang telah melabel serta menggelar atlet ini sebagai ahli suka tercantik di muka Bumi. Yes betul, wanita ini telah dinobatkan sebagai atlet paling cantik di dunia.
Nama tuan pemilik badan ini ialah Tatyana Demyanova, merupakan pemain sukan bola tampar untuk skuad kebangsaan negara Kazakhstan.
Tatyana kini baru berumur 23 tahun dan namanya sedang melonjak naik di dalam bidang sukan.
Bukan sahaja cantik, gadis ini memang hebat ketika beraksi bermain bola tampar.
Pemain bola tampar ini telah terpilih ahli sukan yang tercantik melalui satu tinjauan yang dijalankan menerusi beberapa portal sukan ternama dunia seperti Express Sport dan Daily Star.
Ternyata ramai yang setuju dan akui bahawa memang sesuai atlet ini dipilih sebagai atlet paling cantik di dunia
Imbas sejarah hidupnya, sejak dari kecil lagi, Tatyana telah menunjukkan kehebatannya dan amat cemerlang dalam dunia sukan bola tampar atau volley ball.
Gadis ini mula aktif dalam sukan bola tampar seawal umurnya baru saja berusia 9 tahun. Sebagai contoh kehebatannya, Tatyana telah berjaya mendapat tempat di podium dan medal pertama nya ketika dia baru berusia 11 tahun.
Tatyana mula menyarung jersi kebangsaan negaranya sejak tahun 2012 lagi, ketika dia masih remaja, namun dia memang berbakat besar.
Untuk pengetahuan, Tatyana Demyanova mempunyai ketinggian 183 cm, dengan berat hanya 68kg, sesuailah untuk bermain volley ball.
Pada tahun 2018, juara water rafting bernama Aleksandra Tislenok, telah di pilih sebagai ahli sukan Kazakhstan paling cantik mengatasi Tatyana Demyanova and perenang berumur 24 tahun bernama Yekaterina Rudenko. Namun tahun ini ternyata milik Tatyana.
Di laman media social, Tatyana Demyanova memiliki seramai 80 ribu follower di Instagram miliknya.
Apabila ditanya tentang tarikh lahir, Tatyana Demyanova memberitahu dia lahir tanggal 3 Mac 1996.