Budak Ni Merajuk, Lari Dari Rumah Sebab Nak Buku Kartun

4,571 views

Dah nama pun budak-budak, semestinya mempunyai karenah dan perangai yang tersendiri serta menguji kesabaran para ibu bapa untuk mendidik.

Sememangnya melayan karenah budak-budak bukan mudah terutamanya melibatkan budak. Lain budak, lain karenah dan ragamnya. Tambah lagi kalau dia mahukan sesuatu benda yang dia suka.

Karenah lucu kanak-kanak yang bernama Atif Hadif Fitri Hakim yang berusia 6 tahun ini telah membuatkan ibu bapanya geli hati dengan karenah anaknya  apabila Atif telah membuat gimik seolah-olah mahu lari dari rumah sambil memikul beg dan khemah kesayangannya.

Jelas makcik kepada Atif yang bernama Atiqah Syazana Ab Rahman itu, anak sedaranya merajuk disebabkan sebuah buku cerita Thomas and Friends.

Makciknya turut berkata bahawa anak sedaranya mahu membeli buku tersebut apabila ada penjual buku datang ke tadika untuk menjual buku tersebut.

Jelasnya lagi, ibu kepada Atif telah pun menempah buku tersebut dan biasanya penghantaran mengambil masa 3 hari untuk sampai ke rumah. Tetapi Atif masih tidak puas hati kenapa buku Thomas and Friends masih belum dapat.

Disebabkan pertanyaan kanak-kanak tersebut mengenai bukunya tidak diendahkan oleh ibu bapanya, kanak-kanak tersebut telah merajuk dan tanpa berfikir panjang dia mula membuat gimik untuk lari dari rumah.

Menurut ahli keluarga kanak-kanak tersebut, mereka sudah nampak gimik dan perhatian yang dilakukan oleh Atif namum mereka sengaja tidak melayan kerana mahu tengok sejauh mana dia mahu merajuk.

Ternyata Atif berjalan ke pagar bersama beg dan khemahnya untuk melarikan diri kerana merajuk. Kelakar dengan karenah anaknya, bapanya mula mengejar dan memujuk untuk menaiki motosikal.

Aduhai adik, kelakar pula, namun sangat lucu itu lah yang di pangil kanak-kanak selagi tidak dapat barang atau mainan yang di idamkan pasti ada sahaja karenah yang dilakukan.