Pembantu peribadi Shila Amzah hilang sabar dengan karenah keluarga Shila

60,117 views

Kisah anak-anak ND Lala yang kini sedang bertelagah nampaknya turut melibatkan pengurus peribadi kepada Shila Amzah iaitu Aini Shuhaidah. 

Ini setelah adik lelaki Shila iaitu Syafiq turut memetik nama Aini sebagai balaci, dan mendakwa Aini serta Shila telah mengherdik ibunya pada hari Selasa, di dalam satu pertengkaran yang telah berlaku. 

Melalui satu hantaran di media, Aini ternyata dah hilang sabar dengan karenah keluarga Shila Amzah. 

Sudah 13 tahun berkhidmat, Aini mendedahkan dia sudah banyak kali bersabar dengan sikap adik beradik Shila, terutamanya Syafiq. 

Ini penulisan dari Aini Shuhaidah.  

“Aku ini dah 13 tahun kerja, semua benda luar dalam korang ada di tangan aku.” 

“Selama ini memang aku selalu saja bersabar dengan perangai sorang-sorang.” 

“Dah pelbagai hal aku yang kena buat walhal itu bukannya bidang kerja aku pun.” 

“Aku buat kerja je tak kacau hidup orang, tapi kau sedap panggil aku balaci.” 

“Had aku untuk terus sabar dan ada hormat dah habis semalam, sampai akhir hayat aku akan ingat kau dan semua yang terlibat.” 

Aini memberi penjelasan bahawa dia bertindak seakan biadap terhadao ibu Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman disebabkan Fauziah telah memetik nama ibunya terlebih dulu.  

“Aku ni diam saja dari awal sampailah mak kau, Fauziah Sarman, dah petik nama mak aku dulu. Panggil aku anak yang tak berguna.” 

Selain itu, Aini juga ada ajak Syafiq berjumpa, namun mendakwa adik Shila itu tak layan. 

“Kau pun dah blah macam tu je semalam, tak tunggu sampai selesai.” 

“Mesej aku dari dalam rumah, lepas tu terus block aku, kata gangster.” 

Ini paparan luahan hati dari Aini.  

Dalam pada itu, Shila Amzah berkata buat masa ini, dirinya hanya ada Ubai, Aini, adik ketiganya iaitu Syahir saja yang ada dalam hidupnya.  

Kata Shila Amzah lagi, Aini yang banyak menjaga dirinya sebelum ini.