Bekas isteri Syafiq pula tampil, dedah sikap bekas suaminya, pertahan Shila Amzah

21,265 views

Kisah keluarga ND Lala kini semakin memuncak. Ianya terjadi apabila Shila Amzah berniat menjual rumah banglo di atas namanya, yang mana rumah itu diduduki oleh ibunya dan adik beradiknya iaitu Syada, Syafiq dan juga Syahir. 

Shila merupakan anak sulung, manakala Syafiq anak kedua. 

Syahir pula anak ketiga dan paling bongsu ialah Syada Amzah. 

Dalam pergolakkan ini, Syahir dan Syada menyatakan rasa tak bersetuju Shila mahu menjual rumah berkenaan, dan mahu nama rumah tersebut di tukar kepada nama ibunya. 

Namun Shila menyatakan dia mahu menjual rumah berkenaan, dan mahu membeli rumah lain yang lebih kecil dan sesuai untuk keluarganya. 

Dalam pada itu, bekas isteri kepada Syahir akhirnya tampil hadir menyatakan sokongan kepada Shila Amzah. 

Wanita bernama Anis Waheeda tampil dan bersimpati atas nasib menimpa Shila Amzah. 

Anis, 31 tahun memberitahu, apa yang berlaku ini mungkin satu kifarah buat bekas suaminya itu.  

Ini komen Anis melalui laporan portal Mstar.

“Mungkin Shila dah sampai batas kesabarannya. Dia dah tahan dan pendam lama tentang apa yang terjadi.”  

“Saya menganggap ini satu kifarah atas perbuatan Syafiq kepada anak kami.” 

“Tapi saya juga kesian dengan bekas ibu mentua sebab dia juga yang kena tanggung.” 

Anis sebelum ini ada menulis yang Syafiq selalu tidak memberi nafkah kepada anaknya sejak mereka dah pun berpisah selama tujuh tahun lamanya. 

Syafiq juga tak ada pekerjaan tetap dan selalu saja meminjam wang dari orang terdekat dengan memberi alasan mahu membayar nafkah kepada anak.  

“Dia ada beri nafkah anak tetapi memang banyak kali culas. Kalau saya senyap, maka dia pun hilang. Kami dah berpisah tujuh tahun, sama saja ceritanya.” 

“Syafiq ada pinjam duit dari rakan-rakan kononnya untuk nafkah anak, tapi saya tak terima pun. Bagaimana dia nak bayar nafkah kalau tak ada kerja tetap?” 

“Pernah juga saya nasihatkan agar dia berubah. Jika tak dapat bayar nafkah penuh, cukuplah sekadar RM20 seminggu untuk berkat.” 

Anis turut mendakwa bahawa bekas suaminya itu bangkitkan isu Shila menjual rumah untuk menunjukkan dirinya mangsa keadaan. 

Anis juga akui Shila pernah jadi mangsa keganasan Syafiq selain pernah menjual barangan rumah untuk dapatkan sumber kewangan.  

“Orang tidak tahu dia pernah buat kekasaran dan hanya play victim.”  

“Dia pernah jual gitar dan piano di rumah sebab nak wang.” 

Untuk info, Anis dan Syafiq berkahwin pada 2014 dan kemudian berpisah pada tahun 2016.