“Pemimpin kurang cerdik” Caprice upload video Datuk Seri Tajuddin

1,716 views

Dua hari lepas, negara kita dikejutkan dengan satu insiden melibatkan tren LRT. Telah berlaku pertembungan antara dua buah tren di terowong yang menyebabkan berpuluh orang penumpang alami kecederaan.

Kes seperti ini sudah tentu ramai yang nak tahu info secara detail dan antara yang ditunggu ialah sidang media dari pihak yang terlibat dengan pengurusan.

Dalam kes ini, menteri yang terlibat iaitu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong telah beri kenyataan. Kenyataan yang diberikan oleh beliau agak baik dan info yang diberi bersesuaian dengan keadaan.

Kemudian sudah tiba giliran sidang media dari pihak pengurusan iaitu Prasarana, yang mana pengerusinya ialah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Namun tingkahlaku dan cara Datuk Seri Tajuddin memberi jawapan ketika sidang media ini mendapat kritikan dari orang ramai.

Antara yang lantang memberi pendapat ialah penyanyi Caprice. Melalui satu entry di laman Instagram miliknya, Caprice telah upload satu klip ketika Tajuddin menjawab satu soalan dari wartawan.

Namun Tajuddin dilihat berjenaka dengan menggunakan perkataan yang kurang sesuai, malah sempat gelak lagi.

Caprice yang tak dapat menahan diri melabelnya sebagai pemimpin kurang cerdik. Ini caption dari Caprice.

Pemimpin yang bodoh. Kini dah tiba masanya anak muda untuk bangkit. Doa kami untuk semua 47 orang yang tercedera dan semua 166 penumpang lain yang terlibat dengan insiden LRT.

Di ruangan komen, ramai yang memberi respon setuju dengan Caprice. Walaupun agak kasar, follower merasakan apa yang dibuat oleh Datuk Seri Tajuddin itu sesuatu yang tak dapat diterima.

Macam ni ke jawab soalan, beri sidang media. Attitude zero. Macam mana boleh dilantik sebagai pengerusi.

Boleh gelak-gelak pula. Not fit sebagai Prasarana chairman.”

Untuk info, semua penumpang akan diberi pampasan di atas insiden yang berlaku. Dari siasatan awal, kes ini terjadi akibat kecuaian dari pemandu tren yang tersalah arah.