“Memalukan” ~ Komen individu ini kepada Heliza Helmi buat netizen bengang

1,290 views

Antara selebriti yang sering perjuangkan agama iaitu penyanyi heliza Helmi kini disebut netizen antara yang wajar dijadikan idola serta ikutan remaja zaman sekarang.

Selain selalu ikuti program dakwah dan menjadi aktivis keamanan, Heliza Helmi juga memang tak ada sebarang isu atau kisah berkenaan kekasih.

Ini menjadikan namanya diangkat baru-baru ini, sebagai artis contoh.

Artikel yang dikeluarkan tentang Heliza Helmi banyak ditulis baru-baru ini, yang mana mengatakan Heliza Helmi artis yang bagus serta tak kemaruk tentang cinta dan isu-isu lain. Heliza memang wajar dijadikan sebagai ikon belia.

Namun begitu, melihat diruangan komen, ada seorang lelaki yang telah meninggalkan satu komen yang agak kurang enak kepada Heliza Helmi.

Komen itu bercerita kononnya Heliza belum kahwin sebab itu dia tak ada rasa kemaruk lagi.

Namun, komen yang ditulis oleh individu berkenaan telah menerima kritikan hebat dan netizen lain.

Ramai yang marah dan mempersoalkan mengapa masih ada individu yang selalu berfikiran sedemikian. Bak kata orang, otak kuning.

Apatah lagi terhadap Heliza Helmi, seorang yang sopan dann sering menjaga akhlaknya di mata masyarakat, namun ada lagi orang yang sanggup tulis sedemikian.

Ini membuatkan netizen memarahi individu berkenaan, ini antara komen dari netizen kepada individu terbabit.

“Heliza elok je pakai sopan, itu pun masih ada komen macam tu, memalukan agama dan bangsa.”

“Takut tengok komen, asyik sibuk fikir ke arah tu je, memang biadap tak bertempat.”

Sehingga kini, Heliza Helmi tak ada pun beri sebarang kenyataan tentang hal ini.

Namun sedikit peringatan buat semua pembaca, jadilah seorang yang mulia akhlaknya, dan tak perlu nak komen kurang elok. Ini kerana, komen sebegitu hanya menunjukkan sifat anda sendiri kepada orang lain. Jagalah adab dalam menulis sesuatu.

Share this on...