Perangai pelik YB Syed Saddiq, “Saya memang pelik sikit, sampai sekarang saya buat”

546 views

Antara ahli politik muda yang mempunyai ramai pengikut ialah Ahli Parlimen Muar, iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Baru-baru ini, Syed Saddiq telah dijemput oleh pelakon dan pengacara Amelia Henderson dalam satu rancangan pod cast, Studio Sembang. 

Ketika temubual itu, Syed Saddiq telah mendedahkan satu perangai pelik yang pernah beliau lakukan sehingga kini. 

YB Syed Saddiq mendedahkan dia memang amat gemar untuk tidur di dalam panggung wayang. 

Kata Syed Saddiq, selepas habis bekerja, dia akan membeli tiket dipanggung wayang, untuk menonton filem seorang diri ketika tengah malam dan tidur dalam cinema. 

“Saya ni memang pelik sikit, ada orang selalu pergi wayang ramai-ramai, tetapi untuk saya, sampai sekarang pun, apabila saya bekerja untuk Kementerian, setelah saya pulang dari office sekitar jam 11 atau 12 malam, apa yang saya akan buat ialah saya beli tiket wayang untuk seorang diri, tengok midnight movie seorang diri, saya tengok movie paling random, masuk dalam dan terus tidur dalam cinema.” 

Syed Saddiq berkata, memang beza nikmatnya untuk tidur dalam panggung wayang, dan dia pun tak tahu mengapa. 

“Saya sendiri pun tak tahu mengapa tetapi rasanya mungkin white noise, dia tak sama bila tidur dalam panggung wayang dengan tidur bila tengok Netflix tau, memang lain. Benda ni adalah perkara yang saya masih buat sampai sekarang, tapi saya buat diam-diamlah, saya pakai hoodie, pakai eye mask dan memang pernah kantoi tapi mereka pun faham.” 

Perangai serta perbuatan pelik dari Syed Saddiq ini membuat ramai yang terhibur. 

Namun ada juga orang di luar sana yang akui, memang mempunyai sikap yang pelik yang sama macam Syed Saddiq ini, iaitu mudah tertidur dalam panggung wayang atau cinema.