“Saya lega” Puteri Sarah selesai failkan penceraian terhadap Syamsul Yusof

4,781 views

Pada hari ini, hari Isnin, 16 Januari, pelakon Puteri Sarah telah pun selesai menfailkan perpisahan di mahkamah syariah Kuala Lumpur. 

Puteri Sarah, 37 tahun, dilihat telah hadir ke mahkamah bersama adik beradiknya yang menemaninya dan memberi sokongan kepadanya. 

Hadir sekitar jam 10 setengah, semua proses telah pun selesai sekitar jam 11 setengah. 

Kemudian, pihak media terus saja bertemu dengan Puteri Sarah untuk bertanya perkembanga terkini. 

Jelas Puteri Sarah, dia rasa amat lega kerana telah pun memulakan langkah pertama untuk berpisah. 

“Hari ini Sarah rasa amat lega. Dah selesai failkan untuk berpisah dengan Mohd Syamsul.” 

“Tahun ini merupakan tahun ke sembilan perkahwinan kami, namun mungkin tak ada rezeki, sampai di sini saja.” 

Kata Puteri Sarah, dia tak mahu memberi peluang kepada suaminya, semuanya dah tertutup. 

“Ini jalan yang paling baik untuk saya, saya dah fikir masak-masak, saya pun dah berbincang dengan keluarga, tiada lagi peluang untuk suami saya, keputusan saya untuk berpisah ini muktamad.” 

Ditanya sama ada masih sayangkan Syamsul, Puteri Sarah tak mahu memberi jawapan. 

“Boleh tak Sarah tak mahu jawab soalan tu.” Katanya sambil tersenyum. 

Puteri Sarah juga mengatakan dia tidak lagi menangis dan tiada rasa sedih ketika temubual dijalankan.

“Sarah tak menangis, Sarah nak kuat, Sarah ada keluarga, Tuhan dan juga ada anak-anak.”

Ditanya tentang ibu mertuanya, Datin Patimah yang seringkali meluahkan perasaan, Puteri Sarah akui faham mengapa mertuanya itu berbuat sedemikian, namun tidak mahu bercerita lanjut. 

“Mertua Sarah memang rasa tak puas hati dan sedang bersedih hati. Sarah faham, ada sebab mengapa dia macam tu.” 

“Hanya Sarah, keluarga dan juga pihak JAWI yang tahu, mesti ada sebab mengapa mertua buat sebegitu.” 

Puteri Sarah akan meneruskan kerja dan kemudian setelah selesai, akan berangkat mengerjakan umrah pada hujung bulan Januari. 

Proses mahkamah seterusnya melibatkan isu Puteri Sarah dan Syamsul Yusof ini akan diadakan pada 7 Mac 2023.