Kita dikejutkan dengan satu berita ada ibu bapa yang naik angin dengan seroang warga emas kerana disangkakan nak larikan anak mereka.
Kejadian ini berlai di Rawang, Selangoor yang mana seorang warga emas berumur 80 tahun ditahan di tengah jalan setelah mendapati menumpangkan seorang remaja OKU.
Satu video telah tersebar menunjukkan ibu kepada remaja berkenaan siap naik kaki kepada pakcik berkenaan.
Tanpa asal usul periksa, wanita berkenaan menuduh pakcik tersebut cuba larikan anak mereka. Hasil siasatan pihak berkuasa, rupanya hanya nak tumpangkan saja.
Habis teruk lah wanita ni kena bamboo dengan netizen semua. Ramai yang mula menyampah dengan tindak tanduk serkap jarang seperti ini. Malah ada yang mengatakan ibu bapa ini yang tak reti jaga anak sampai boleh keluar seorang diri.
Antara yang lantang bersuara ialah pengarah Micahel Ang. Menerusi satu entry di Instagram, Micahel mengatakan wanita itu merupakan wanita paling tak disukai di Malaysia ketika ini.
“Salam kepada semua. Perempuan ini pastinya dah jadi manusia yang paling orang menyampah kat Malaysia sekarang ni, termasuklah diri aku sendiri.”
“Seriously kau main hantam terus pakcik warga emas macam tu. Umur dia dah 80 tahun kot. Tau lah kau tengah cuak anak hilang, namun takan tak ada otak dan bersabar.”
“Tanyalah dulu, pakcik tu duduk je dalam kereta kot. Kau tu kaya sangat ke sampai ingat org nak larikan anak kau.”
“Kau yang tak reti jaga anak sampai anak pergi keluar merayau-rayau pun kau tak sedar lepas tu kau nak naik kaki kat orang.”
“Memang tak bagus betul, kalau aku salah seorang family pakcik tu, memang tak akan aku lepaskan kau ni.”
Itulah antara luahan dari Michael Ang. Dilihat diruang komen, memang ramai yang setuju dengan luahan pengarah ini. Semua pun naik menyirap dengan perangai wanita ni. Dapat diperhatikan rata-rata semua berharap family pakcik tu ambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.
Artis lain pun turut ada beri komen seperti Zarina Zainuddin, Che Ta dan Alif Satar.