Perlekeh pemergian Adibah Noor, individu ini mohon maaf “Maafkan kekhilafan saya”

1,796 views

Ketika pemergian Adibah Noor diketahui ramai, memang rata-rata smeua pun terkejut. Apatah lagi tidak mengetahui keadaan Adibah Noor yang sedang bergelut dengan cancer tahap ke empat.

Apabila berita Adibah Noor dah hembuskan nafasnya yang terakhir, ada pula seorang individu yang berkat atentang hal yang baik kepada arwah.

Seorang lelaki telah mempersenda pemergian Adibah Noor dengan komen yang tidak baik.

Komen berkenaan melibatkan aurat Adibah Noor.

Setelah komen penulisannya tersebar dan membuatkan ramai naik angin, lelaki bernama Ibnu Ahmad Ar Rayyan ini telah meminta maaf dan insaf dengan perbuatannya.

Melalui satu posting, Ibnu Ahmad Ar Rayyan menulis dan mengakui dia tak patut menulis sedemikian.

“Di sini saya nak minta ribuan keampunan dan kemaafan. Mohon maaf pada semua family Almarhum Adibah Noor secara khusunya. Serta juga minta maaf kepada semua rakyat Malaysia termasuk para peminat Adibah Noor kerana penulisan saya di portal Harian Metro sebelum ini.”

“Saya akui perkara ini berlaku kerana kejahilan diri saya sendiri dan saya amat menyesali kekhilafan saya ni. Saya telah pun berjanji tak akan ulangi hal ini. Semoga roh Adibah Noor ditempatkan di kalangan orang yang solehah.”

Nampaknya individu ini telahpun akui kesilapannya itu dan telahpun menyesali semua pernulisannya.

Selain itu Ibnu Ahmad Ar Rayyan menyatakan akaun Facebook miliknya telah kena sekat, mungkin kerana ada pihak yang buat laporan di atas komennya itu.

Adibah Noor telah pergi buat selamanya pada hari Sabtu yang lalu kerana cancer ovary tahap empat yang dihidapi olehnya. Komen Ibnu Ahmad Ar Rayyan dibuat di satu posting di portal Harian Metro yang menjadi viral dan membuat ramai netizen tidak menyenanginya.