“Jangan lupa tanggungjawab anak-anak” Puteri Sarah Liyana respon Syamsul dah tunang

12,332 views

Kini sedang kecoh tentang ura-ura melibatkan pelakon Syamsul Yusof yang dikatakan telah melangsungkan pertunangan dnegan Ira Kazar, anak kepada pelakon Kazar.

Ianya mula diperkatakan di sebuah forum hiburan, yang mana ada satu akaun menulis mengatakan Syamsuk dah bertunang dengan Ira Kazar.

“Syamsul dan Ira dah pun bertunang, selamat bertunang Syamsul.” Tulis akaun berkenaan.

Tak lama kemudian, isteri Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana tampil menulis tentang hal ini.

Yang pertamanya, Puteri Sarah mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang teah mesej dirinya tentang hal tersebut.

Kemudian, Puteri Sarah meluahkan rasa kesyukuran selain memberi pesanan agar jangan dilupakan semua tanggungjawab kepada anak-anak sekiranya berita berkenaan adalah benar belaka.

“Terima kasih ada yang mesej saya.”

“Kalaulah betul berita ini syukur alhamdulillah. Janganlah lupa pula dengan tanggungjawab pada anak-anak.”

Ini yang ditulis oleh Puteri Sarah Liyana.

Dalam pada itu, pelakon ini memberitahu, dia kini sedang sibuk dengan banyak hal dan tak mahu ambil tahu sangat tentang hal berkaitan suaminya dan Ira Kazar.

“Saya tak tahu tentang hal ini. Saya kini sibuk penggambaran drama. Kemudian anak saya pun masuk hospital. Oleh itu, saya memang tak ambil tahu sangat apa yang berlaku.”

“Secara jujur, saya tak mahu pening kepala dengan kisah ini. Saya nak teruskan kehidupan dengan tenang. Fokus saya hanya kerjaya dan anak. Lain-lain saya hanya berserah pada Illahi. Terima kepada semua yang ambil kisah tentang diri saya.”

Dalam pada itu, Syamsul Yusof turut ditanya tentang pertungangannya dengan Ira Kazar.

Pengarah Mat Kilau ini mengatakan ianta sesuatu yang mengarut.

“Haha, mengaruik, mengarutlah.”

Itulah reaksi dari Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana tentang ura yang mengatakan Syamsul Yusof dan Ira Kazar dah pun bertunang.