Pertama kali Khairul Aming tayang ibu tersayang, belanja emas

571 views

Khairul Aming, satu nama yang dikagumi ramai dan wajar diangkat sebagai ikon anak muda di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh jejaka berumur 31 tahun ini. 

Selepas kejayaan perniagaan sambal, yang terbaru, Khairul Aming telah berjaya mencipta rekod apabila berjaya menghabiskan produk terbarunya iaitu Daging Dendeng Nyet dalam masa 3 minit lebih saja. 

Sebanyak 80ribu semuanya licin disapu oleh waga maya. 

Yang terbaru, sebuah kedai emas ada muatnaik satu video menunjukkan pemuda berkenaan telah membawa ibunya untuk membeli emas. 

Ini pertama kali ramai yang melihat wajah ibu Khairul Aming ini. 

Khairul Aming berkata, dia mahu membahagiakan mak nya dulu sebelum orang lain. 

Ini kata-kata dari Khairul Aming di kedai emas berkenaan. 

“Hari ini kita bawa mak saya. Nak meraikan dia.” 

“Kita ni kena bahagiakan mak dulu, barulah boleh nak bahagiakan orang lain.” 

“Kat sini semuanya senang, urusan pun memang senang dan pilihannya pun banyak.”  

Ini videonya. 

Melihat ruangan komen, ramai yang mula menulis komen betapa beruntungnya ibu Khairul Aming memiliki anak sepertinya. 

Tak kurang juga ada wanita yang menulis komen seakan mahu masuk jarum, dengan memuji ibu Khairul Aming

Ini antara komen yang ditulis warga maya. 

“Salam mak, maaf lewat sikit komen, saya baru balik masjid.” 

“Assalamualaikum mak, saya boleh masak-masak dengan Khairul Aming.” 

Itulah antara gurauan dari warga maya setelah melihat ibu Khairul Aming. 

Khairul Aming, pemuda berasal dari Kelantan ini, mula sohor namanya setelah memperkenalkan segmen video 30 hari 30 resepi sempena bulan Ramadhan. 

Sejak itu, jenama yang dibina olehnya terus mencanak naik dan mula dikenali ramai. 

Tanpa video merapu dan tak berfaedah, Khairul Aming berjaya menaikkan namanya dan juga brand tersendiri dan mula diangkat sebagai ikon.