"Benar, Aslam dan Marissa dah nikah di Thailand" - News Tel

“Benar, Aslam dan Marissa dah nikah di Thailand”

22,534 views

Sejak semalam, ramai yang terkesima apabila mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa anak perempuan kepada pasangan selebriti telah bernikah di negara jiran, Thailand. 

Pasangan selebriti tersebut ialah Norman Hakim dan juga Abby Abadi, yang mana anaknya iaitu Marissa Dania dikhabarkan telah bernikah secara senyap-senyap. 

Marissa, 19 tahun, bernikah dengan lelaki yang pernah dikaitkan dengan dirinya sebelum ini iaitu Aslam. 

Aslam dan Marissa bernikah di Songkla pada bulan Disember tahun lalu tanpa pengetahuan Norman dan Abby, dan juga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya. 

Hal ini kemudian disahkan sendiri oleh keluarga isteri pertama Aslam. 

Kakak kepada Misya, kakak ipar kepada Aslam, dikenali sebagai Nadiah Mazlan telah mengesahkan hal ini. 

“Haah, yes betul mereka dah nikah di Thailand. Ceritanya memang betul apa yang sedang dihebahkan ketika ini.” Kata Nadiah.  

Ceritanya ialah, Marissa dan Aslam bernikah secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga, ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah. 

Nadiah menambah, adiknya itu dilihat telah menjauhkan diri dari keluarganya, dan langsung tak bercerita tentang suaminya.  

Misya juga sering membuat luahan dalam media sosial berhubung bergelora hatinya melalui isu rumah tangga 

“Dia tak ada cerita apa-apa dan mungkin tak mahu cerita tentangnya sebab benda tu pun dah jadi.” 

“Tetapi memang selalu nampak dia ada ‘repost’ tentang emosi, luahan, kesengsaraan, penderitaan, sampai sakit.” 

“Dia dah jauhkan diri dari kami, dari semua keluarga, dan aku amat sedih. Sedih sangat kerana aku ni paling rapat dengan dia.” 

“Aku nampak semua tu, dan aku cuba tak mahu fikir, tak nak ambil tahu. Tapi aku tak boleh, jiwa aku sakit, hati aku sakit bila tengok semua tu.” 

Nadiah berharap, semua orang diluar sana dapat mendoakan adiknya melalui ujian berkenaan. 

“Doakan untuk adik saya, masih panjang perjalanannya, semoga dia dan anak-anaknya dalam lindungan rahmat dari Illahi.” 

Diimbas kembali, Aslam yang merupakan suami kepada Misya, mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya. 

Pada bulan September tahun lalu, Misya dan Aslam telah berpisah kerana kehadiran orang ketiga iaitu Marissa. 

Setelah hal berkenaan tersebar, Aslam telah meminta maaf dan dikatakan telah kembali merujuk dengan Misya. 

Ketika itu Marissa Dania juga akui kekhilafan diri dan turut memohon kemaafan. 

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan di keluarkan dari pihak Aslam, Marissa Dania amhu pun Normah Hakim dan juga Abby Abadi. 

Latest from Hiburan


Pertama kali Khairul Aming tayang ibu tersayang, belanja emas

590 views

Khairul Aming, satu nama yang dikagumi ramai dan wajar diangkat sebagai ikon anak muda di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh jejaka berumur 31 tahun ini. 

Selepas kejayaan perniagaan sambal, yang terbaru, Khairul Aming telah berjaya mencipta rekod apabila berjaya menghabiskan produk terbarunya iaitu Daging Dendeng Nyet dalam masa 3 minit lebih saja. 

Sebanyak 80ribu semuanya licin disapu oleh waga maya. 

Yang terbaru, sebuah kedai emas ada muatnaik satu video menunjukkan pemuda berkenaan telah membawa ibunya untuk membeli emas. 

Ini pertama kali ramai yang melihat wajah ibu Khairul Aming ini. 

Khairul Aming berkata, dia mahu membahagiakan mak nya dulu sebelum orang lain. 

Ini kata-kata dari Khairul Aming di kedai emas berkenaan. 

“Hari ini kita bawa mak saya. Nak meraikan dia.” 

“Kita ni kena bahagiakan mak dulu, barulah boleh nak bahagiakan orang lain.” 

“Kat sini semuanya senang, urusan pun memang senang dan pilihannya pun banyak.”  

Ini videonya. 

Melihat ruangan komen, ramai yang mula menulis komen betapa beruntungnya ibu Khairul Aming memiliki anak sepertinya. 

Tak kurang juga ada wanita yang menulis komen seakan mahu masuk jarum, dengan memuji ibu Khairul Aming

Ini antara komen yang ditulis warga maya. 

“Salam mak, maaf lewat sikit komen, saya baru balik masjid.” 

“Assalamualaikum mak, saya boleh masak-masak dengan Khairul Aming.” 

Itulah antara gurauan dari warga maya setelah melihat ibu Khairul Aming. 

Khairul Aming, pemuda berasal dari Kelantan ini, mula sohor namanya setelah memperkenalkan segmen video 30 hari 30 resepi sempena bulan Ramadhan. 

Sejak itu, jenama yang dibina olehnya terus mencanak naik dan mula dikenali ramai. 

Tanpa video merapu dan tak berfaedah, Khairul Aming berjaya menaikkan namanya dan juga brand tersendiri dan mula diangkat sebagai ikon. 

Go to Top