Peserta Big Stage, Sandra tak sedarkan diri, terlibat dalam kemalangan jalanraya - News Tel

Peserta Big Stage, Sandra tak sedarkan diri, terlibat dalam kemalangan jalanraya

8,779 views

Penyanyi yang merupakan salah seorang peserta program realiti nyanyian Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne dilaporkan berada dalam keadaan tak sedarkan diri selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Hal ini telah disahkan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music, bernama Vea. Insiden berkenaan berlaku ketika penyanyi ini dalam perjalanan menuju ke Putrajaya, petang hari Sabtu.

Jelasnya lagi, Sandra kini dikejarkan ke hospital Putrajaya dan telah menerima rawatan dan kini berada di unit rawatan rapi untuk pengawasan lebih lanjut.

Ini kenyataan dari Vea. “Semasa kejadian berlaku, Sandra bersama sepupunya dalam perjalanan munuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC. Masa tu dia nak datang untuk latihan konsert mingguan rancangan Big Stage.

“Buat masa ni, pihak kami belum dapat butiran secara terperinci macam mana nahas berkenaan terjadi. Kami masih nantikan penjelasan dari pihak pegawai perubatan yang merawat Sandra, untuk tahu keadaan terkininya.

“Dari laporan awal, apa yang diberitahu, Sandra masih tak sedarkan diri dan masuk unit kecemasan dari pukul 3 petang. Apapun, family Sandra dah datang dan menemaninya kat hospital sekarang.  Marilah doakan buat Sandra sapaya semua urusan akan dipermudahkan”.

Dari satu laporan Sandra, kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong, yang mana ada laporan mengatakan kereta di depan mereka brake secara mengejut.

Ada beberapa keping foto menunjukkan keadaan kereta Sandra itu. Agak teruk juga keadaannya, bahagian bonet depan habis kemek serta cermin pecah dan tercabut. Malahan, cermin di belakang juga telah pecah.

Bercakap tentang statusnya dalam rancangan Big Stage, sampai sekarang pembabitan penyanyi berasal dari Sabah ini untuk konsert keempat rancangan itu masih belum diketahui lagi.

Kepada semua peminat, sama-samalah kita doakan agar Sandra tidak mengalami kecederaan yang serius dan akan cepat sembuh.

Latest from Terkini


22 gambar majlis resepsi Mira Filzah tema midnight sky

7,622 views

Pada tarikh 3 September, pelakon terkenal Mira Filzah selamat bernikah dengan artikek hebat, Wan Emir. Kemudian pada hari Jumaat, 4 September, sehari selepas bernikah, pasangan ini telah mengadakan satu majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka iaitu di Le Meridien, Putrajaya.

Kedua mempelai ini kelihatan sama cantik dan sama padan, amat secocok sekali bagai pinang di belah dua.

Jika majlis pernikahan menggunakan tema mihrab cinta, untuk majlis resepsi ini, Mira dan suami telah buat keputusan untuk mengangkat tema midnight sky atau pun langit tengah malam.

Untuk merealisasikan tema midnight sky ini, pereka Rekateemor telah dipanggil untuk berkhidmat. Sememangnya design yang dibuat amatlah indah dan cantik sekali.

Ketika masuk ke majlis, Mira Filzah kelihatan anggun dan berseri dengan mengenakan baju perkahwinan rekaan khas dari Fizi Woo. Sementara itu, Wan Emir pula memakai suit kemas dari pereka Sbahar.

Semua mata dilihat menumpukan kearah pasangan ini yang amat elegent sekali. Jom lihat beberapa keeping gambar mereka di majlis berkenaan.

Antara yang jadi tumpuan di sesuatu majlis wedding sudah tentu kek kahwin. Kali ini Mira Filzah serta Wan Emir memberi kepercayaan kepada Lily and Lola Cakes untuk menguruskan kek kahwin mereka. Kek kahwin itu tersergam indah dengan kelihatan ianya amat tingga sebanyak 8 tingkat.

Kemudian antara momen yang akan diingat para tetamu adalah Mira dilihat mengalirkan air mata ketika ahli keluarga membuat ucapan khas buatnya dan suami.

Untuk majlis resepsi ini ianya telah dihadiri lebih kurang 200 tetamu sahaja dan ini termasuk family dan kenalan rapat.

Antara artis yang hadir ke majlis ini ialah Elfira Loy dan suaminya, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim serta pelakon Bella Dally bersama suami dan juga Farah Nabila.

Untuk info pasangan Mira Filzah dan Wan Emir akan membuat satu lagi majlis resepsi pada hari Ahad ini bersamaan dengan 6 September di Apark, Puchong.

Go to Top