Polis pantau Facebook bekas pelakon, ini reaksi Zul Yahya

3,133 views

Ada satu laporan dari Berita Harian tentang Polis Perak yang kini sedang memantau seorang pelakon di laman Facebook.

Ini kerana beberapa update dari pelakon berkenaan yang dikatakan menolak suntikan vaksin.

Hal ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Perak iaitu Datuk Mior. Namun sehingga kini tiada tindakan dibuat dan tiada report polis dibuat ke atas pelakon berkenaan.

Ini kenyataan polis: “Kita akan tengok hal ini dan pantau semua hantaran Facebook serta buat siasatan. Sekiranya didapati ianya telah gugat keharmonian masyarakat, barulah tindakan akan diambil.”

“Sehingga kini, tiada gerakan antivaksin dikesan di negeri Perak namun kita akan tetap buat pemantauan.”

Antara nama yang disebut sebagai pelakon berkenaan, sudah tentu ramai yang meneka ianya Zul Yahya.

Zul antara individu yang sebelum ini pernah beri menyatakan bahawa dia tak mahu menerima suntikan vaksin.

Menjengah ke akaun milik Zul Yahya, bekas pelakon drama superhero Pepaya ini ada menulis satu komen dan turut kongsikan berita berkenaan di laman FB miliknya.

Ini tulis Zul Yahya: “Siapa tu ye? Kesian mamat tu telah dikira sebagai bahayakan. Haha. Apabila ko buka cerita pasal politahik, adalah macai-macai politahik yang tak senang duduk. Memang sudah lama aku kenal mereka ni. Rakyat tak duduk diam.”

“Demi Allah, aku tak takut untuk mengatakan kebenaran. Allah maha berkuasa manakal makhluknya ni langsung tak ada kuasa.”

Itulah respon Zul Yahya tentang hal berkenaan vaksin ini.

Beberapa penulisan bekas pelakon berkenaan telah menjadi perbualan ramai kerana dikatakan telah menolak program vaksinasi dari pihak kerajaan.

Sebelum ini Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez dan Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi telah beri nasihat agar selebriti dan artis jangan gunakan pengaruh dan menyebarkan fahaman antivaksin.