7 Foto: Baby sulung Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson, Isaac Raees namanya

7,532 views

Pasangan pelakon yang sama cantik dan sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telahpun selamat menimang anak pertama mereka pada tarikh 5 Januari 2021 yang lalu.

Sejak dilahirkan, Aiman dan Zahirah mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan wajah anak kecilnya itu.

Pada tarikh 5 Mac 2021, akhirnya kedua pelakon tinggi lampai ini telah muatnaik gambar wajah anaknya itu.

Tepat umur baby berkenaan berumur 2 bulan, Aiman Hakim dan Zahirah turut mendedahkan nama yang dipilih untuk putera sulung itu.

Nama yang dipilih oleh Aiman dan Zahirah ialah Isaac Raees, fuh memang sedap namanya, sesuai dengan baby comel ini.

Ini tulis Zahirah: “Umur baby kami kini dah masuk 2 bulan pada hari ini. Kami amat sayang pada kamu Isaac Raees. Semoga kamu akan membesar dengan sihat dan kuat. Amat bangga untuk gelar kamu sebagai baby kami.

Zahirah turut mendedahkan anaknya itu mempunyai lesung pipit di pipi, cute betul.

Ada beberapa keping gambar telah diupload oleh kedua mereka di laman Ig masing-masing.

Ini antara gambar baby Isaac Raees. Jom tengok gambarnya, first time dapat tengok wajah baby Isaac ni.

Diruangan komen, ramai yang memuji kecomelan baby Isaac terutama pipinya yang jelas kelihatan adanya dimple.

Turut memberi komen ialah rakan artis seperti Mira Filzah, Nadia Brian, Uyaina,Azira Syafinaz dan ramai lagi.

Selain itu, Aiman dan Zahira turut telah membuka satu akaun Instagram khas buat untuk Isaac Raees.

Di Ig berkenaan, ada juga satu video di saat Isaac baru sahaja dilahirkan ke muka bumi ini.

Dan dengan cepat, IG berkenaan telahpun mempunyai follower lebih kurang 50 ribu orang. Memang popular habis. Tak sampai pun 24 jam dah ada ramai follower.

Memang semua nak tengok perkembangan anak kepada Aiman Hakim Ridza dan juga Zahirah Mcwilson.

Semoga baby Isaac Raees akan sentiasa sihat dan membesar dengan penuh kasih sayang disisi ibu bapanya, Aiman Hakim Ridza dan juga Zahirah Macwilson.