Pu Riz semakin menjadi-jadi, ramai yang risau, peminat rasa itu Neelofa punya kerja

8,791 views

Pasangan suami isteri Neelofa dan Pu Riz kini diketahui memang kuat berniaga. Neelofa dengan perniagaan air susu Nilofa dan juga tudung Naelofar. Manakala Pu Riz dengan perniagaan kedai makan Food station dan juga kedai Asasi Mall.

Malah kedua mereka ini telah melebarkan sayap perniagaan apabila bekerjasama menubuhkan satu platform perniagaan diberi nama Markaz Tijaari.

Mempunyai ramai follower di laman sosial media, mungkin akan ada yang rasakan mudahlah mereka nak promosikan sebarang produk.

Namun, walaupun begitu, Pu Riz dilihat bersungguh mempromosikan barang jualannya dengan membuat video yang telah diupload menerusi platform Instagram dan juga Tiktok.

Pu Riz dilihat semakin aktif di platform Tiktok, dan sehingga kini sudah mempunyai 17 ribu follower.

Pendakwah berumur 26 tahun ini nampaknya mengikuti perkembanagn trend terbaru anak-anak muda dan Tiktok adalah antara yang menjadi trend sekarang ni.

Namun begitu, ada pengikut dan follower pasangan ini mengatakan video-video ini mungkin telah diedit oleh isterinya iaitu Neelofa.

Sebab ramai yang tak sangka Pu Riz akan tampil dengan video sedemikian terutama diiringi lagu-lagu terkini.

Malah ada juga yang tampil risau dengan nada bergurau, mungkin lepas ini Pu Riz akan terlibat dengan tarian pula di Tiktok.

“Ini mesti kerja isterinya ni. Nakal betul.” Antara komen yang ditulis di salah satu video Pu Riz.

Ada juga yang terhibur: “Kelakar tapi comel. Yang bukan-bukan sekarang ye pak ustaz.”

Neelofa dan Pu Riz bernikah pada tahun 2021 sekitar bulan Mac. Mereka dikatakan telah merisik atau bertunang pada bulan Disember tahun 2020 setelah beberapa keping foto menunjukkan family Pu Riz hadir bertemu keluarga Neelofa. Namun tiada butiran terperinci diberi ketika itu.

Ketika ini antara isu yang terkini tentang Neelofa dan Pu Riz ialah ura-ura mengatakan bahawa Neelofa berbadan dua, namun tiada sebarang kenyataan diberikan.