Kes makan durian, karaoke, ini penjelasan Dato Jamal Abdillah

2,345 views

Datuk Jamal Abdillah terpalit satu isu apabial gambarnya sedang makan durian dengan beberapa orang serta dilihat menyanyi karaoke telah tersebar.

Ianya berlaku di sebuah lading di Kampung Poh, Bidor, Perak pada hari Jumaat baru-baru ini.

Penyanyi ini akui memang dia telah pergi ke sana, namun tujuan asalnya adalah untuk membeli baja.

Jamal menceritakan apa yang berlaku sebaik saja tiba di tempat berkenaan.

Sebenarnya, saya pergi tempat itu untuk dapatkan baja untuk kolam ikan yang diusahakan di Bukit Merah.

Bila sampai, kawan-kawan pelawa saya makan durian sebab kebetulan, banyak pula buah durian gugur pada hari tersebut.

Saya pun duduklah makan durian. Mulanya tak ramai, hanya ada saya dan isteri serta dua rakan iaitu pembekal baja dan pemilik dusun durian. Kerana peminat, saya tak nak ada sikap sombong, oleh itu saya duduk makan.

Tetapi lepas tu, seorang demi seorang datang, dah macam ada satu majlis. Kemudian, ada pula set karaoke di sana. Masa makan saya buka face mask dan mereka minta saya nyanyi.

Jelas Jamal, mungkin ada yang rasa tak puas hati dan telah viralkan gambar berkenaan.

Bagi saya ini umpama ditelan mati mak, diluah pula mati bapa. Nak jaga hati orang, namun saya tak sedar tindakan saya ni tak betul.

Kalau saya terlalu lurus (tolak pelawaan) saya pula dikatakan berlagak. Apabila diikutkan permintaan, begini pula jadinya.

Lepas habis makan, saya terus balik. Saya tiada masalah soal merentas daerah sebab ada surat kebenaran.

Datuk Jamal Abdillah memohon maaf di atas perbuatan berkenaan.

Saya nak minta maaf. Salah atau tidak, saya tetap nak minta maaf. Sebagai rakyat Malaysia, saya perlu lebih peka dengan SOP dan keadaan semasa. Janganlah buat apa yang saya dah lakukan.

Kes ini telahpun berada dalam siasatan polis. Ketua Polis Daerah Tapah, menyatakan pihak polis dah mendapatkan keterangan Jamal dan beberapa individu lain untuk menyiasat kes berkenaan.

Datuk Jamal Abdillah hadir dan memberi keterangan di Balai Polis Tapah, petang semalam.

Saya dah beri keterangan polis semalam, hanya 15 hingga 20 minit saja. Polis dah melawat kawasan kejadian untuk menyiasat.

Mereka sahkan bahawsa kawasan berkenaan memang ada jual bekalan baja. Tentang denda, saya berserah saja, saya cuma ceritakan situasi sebenar yang berlaku ketika di sana.

Itulah kes yang berlaku kepada Datuk Jamal Abdillah.