Ramai angin Kak Long berlakon konon jadi OKU pula.. “Saya hanya bergurau”

4,726 views

Kisah tentang Kak Long 7E atau nama penuhnya Wan Nor Baizura jadi makin hangat setelah semalam ada pula satu video yang menunjukkan wanita ini bergura tentang orang kelainan upaya atau pun OKU.

Dari satu video yang dimuatnaik oleh seorang netizen bernama Hafiz Shukri, Kak Long dilihat seakan mengajuk atau berlakon menjadi seorang OKU.

Ini caption yang ditulis oleh netizen berkenaan.

“Buat live gila-gila baru famous kak. Belum pun sampai lagi 24 jam lepas temuramah TV Alhijrah, Kak Long ini datang buat macam orang kelainan upaya pula. Sakithati pula tengok ni.”

Ini video nya.

Di ruangan komen, memang ramai netizen yang terus mempersoalkan tindakan wanita berkenaan. Ini antara komen yang ditulis oleh orang ramai. Ada mengatakan, jika dia kena jadi warga OKU betul-betul baru tau.

Semoga kekal, betul-betul jadi orangkurang upaya baru tahu.” Tulis beberapa netizen.

Ada juga mengatakan, Kak Long ni dah tak boleh nak diceramah atau disekolahkan. Selain itu ada juga mengingatkan TV Alhijrah, adakah ini tetamu yang wajar dijemput.

“Memang jenis yang dah tak boleh nak diajar dah.”

“Tv Al Hijrah, orang jenis macam ni ke nak jadi jemputan, jadi tetamu.”

Dalam pada itu, Kak Long tampil pertahan diri setelah isu ini menjadi bualan ramai netizen yang terus mengundang rasa geram orang ramai ke atasnya.

Ini komen Kak Long tentang isu yang sedang tular ini.

“Ketika ni video saya tular lagi di Facebook tentang saya persenda orang Oku. Saya tak ada kata atau sebut nama orang Oku.”

“Video live saya tu hanyalah bertujuan saya sedang bergurau saja kerana masa tu netizen kata saya ni sedang laparkan nak famous.”

“Kepada mereka golongan OKU saya dengan ini nak memohon maaf secara terbuka jika ada pihak yang terasa hati dengan video tersebut.”

Itulah kenyataan dari Kak long tentang video yang menunjukkan dia beraksi seakan warga kurang upaya.