Penyanyi dari kumpulan Indigo iaitu Bad Indigo kini sedang dilamun cinta selepas mengakhiri perkahwinan dengan penyanyi Ashira.
Beberapa kali BadIndigo atau nama penuhnya Badrul Izhan telah muatnaik foto memperlihatkan sedikit wajah kekasih hatinya yang baru itu.
Namun begitu, ramai orang di luar sana bagaikan tak mempercayai hal berkenaan, malah melabel penyanyi berumur 48 tahun ini hanya berilusi saja.
Jika dilihat di ruangan komen, banyak menulis mempersoalkan sama ada wanita berkenaan benar-benar wujud.
Dari foto yang dimuatnaik, ada juga mengatakan mata wanita itu macam mata milik Neelofa.
“Jika wujud tu syukurlah, tapi kalau tak wujud tu, minta sedar diri tu dulu.”
“Bila nak selfie dengan wanita misteri tu.”
Melihat banyak komen tentang kekasih hatinya itu, Bad Indigo tampil memberi komen bahawa dia belum sedia lagi nak tayang kekasih hati.
Bekas peserta Gegar Vaganza ini juga nafi itu semua ilusi dan ianya adalah benar.
“Saya tidak faham mengapa ada pihak yang cakap kekasih saya itu ilusi, saya tahu ramai yang mengata saya ni dah berumur dan tak sihat, malah ada kata tak payahlah nak bercinta bagai. Ada cakap janganlah saya nak susahkah orang lain. Korang semua ni mengapa nak kumpul dosa.”
“Ada sebabnya mengapa saya tidak tayang muka dia. Saya mahu tunjuk bahagia saja bukannya nak tunjuk wajah dia. Biarlah orang nak kata apapun.”
Melalui laporan Mstar, ditanay bila nak tayang wajah kekasih, Badrul mengatakan belum sampai waktunya lagi.
“Buat masa sekarang ni belum tiba masanya lagi, khuatir nanti ada pula isu lain yang timbul. Mana tahu ada orang kurang senang kan.”
Ditanay bila mahu berkahwin lagi, BadIndigi mengatakan buat masa sekarang fokus utama ialah tahap kesihatannya.
“Untuk tahun ini, saya mahu perbaiki diri saya sendiri, nak kuatkan kaki dan berjalan semula, baru saya fikir ke arah perkahwinan.”
Itulah komennya tentang wanita misteri yang menjadi kekasih hati Bad Indigo.